Thursday 2 February 2017

HIDUP GELANDANGAN DAN DIDAKWA KURANG SIUMAN INI TINDAKAN DIAMBIL PADA PENYANYI 80AN BEN NATHAN BUAT RAMAI SEBAK

black-wallpaper-1%2B%25283%2529%2B-%2BCo

Tindakan susulan telah diambil pada penyanyi era 1980-an, Ben Nathanapabila penyanyi tersebut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini bagi membolehkan doktor memantau tahap kesihatan dan mentalnya selama seminggu.

Ben yang mencetuskan kontroversi apabila klip video yang memaparkan dirinya tidak terurus menjadi viral sejak beberapa hari lalu, dibawa ke HKL oleh Presiden Yayasan Yayasan Artis 1Malaysia, Datuk DJ Dave dan anggota keluarganya, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Video viral Ben Nathan hidup gelandangan dan didakwa kurang waras

Ben yang ditemui DJ Dave dan rombongannya di Brickfields di sini, kira-kira jam 11 pagi, dibawa ke HKL menaiki kereta peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas dipujuk selama 30 minit.

Turut memujuk Ben untuk menjalani pemeriksaan kesihatan adalah adiknya yang dikenali sebagai Shanti dan anak buahnya. Antara alasan yang digunakan mereka adalah doktor mahu memberikan Ben ubat vitamin.

DJ Dave berkata, beliau mengambil inisiatif menjejaki penyanyi Stanza Sepi Sekeping Hati itu selepas berita Ben sering dilihat merayau-rayau tanpa tujuan di ibu negara menjadi viral.

Selepas dimaklumkan di mana kedudukan Ben, saya meninggalkan mesyuarat di Subang Jaya dan bergegas ke Brickfields.

Dengan kerjasama wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), saya dinasihatkan membuat laporan polis sebelum berjumpa Ben. Kita bukan hendak menangkap Ben, tapi mahu mengikut produser ditetapkan.

Walaupun pada mulanya Ben tampak terkejut, dia tidak agresif. Malah, sebaik bertentang mata, dia memanggil nama saya dan mengimbas memori silam, katanya ketika dihubungi BH Online.

DJ Dave berkata, selepas berjaya dipujuk, Ben akur biarpun pada mulanya takut apabila melihat ada anggota polis bersama mereka.

2kklGXo
DATUK DJ Dave dan Ben Nathan.

Sumber Klip video hidup gelandangan dan tak terurus jadi viral, Ben Nathan jalani pemeriksaan mental di HKL

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab.

Sumber: ohwhuuut

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2l3gBlw
via IFTTT

No comments:

Post a Comment