Tuesday 7 March 2017

(Video) Gadis Ini KANTOI Cuba Larikan Emas Dan Ditangkap Pekerja Kedai Emas !!!

(Video) Gadis Ini KANTOI Cuba Larikan Emas Dan Ditangkap Pekerja Kedai Emas !!! | CHABANG TIGA, TERENGGANU – Niat seorang wanita cuba melarikan barang kemas di sebuah kedai emas, gagal selepas ditahan kakitangan kedai tersebut, Selasa.

Dalam kejadian jam 1.40 petang semalam, wanita berkenaan yang datang bersama ibu saudara dan seorang lagi dipercayai sepupunya mahu membeli barang kemas di kedai Emas Lelong Maya.

Setelah melihat emas yang dipinta dan tiada yang berkenan di hati, ketiga-tiga wanita itu mahu beredar dari kedai. Namun tindakan salah seorang daripada mereka yang mengambil barang kemas di tangannya disedari oleh kakitangan yang bertugas dan terus menarik tangan wanita itu.

Tergamam dengan tindakan kakitangan berkenaan, wanita itu terus melepaskan barang kemas tersebut ke lantai bahagian dalam kaunter dan menafikan tuduhan kononnya dia cuba mencuri barang kemas.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudian dimainkan semula dan menunjukkan wanita terbabit memang berniat mahu mencuri barang kemas dipercayai gelang, berat 6.6 gram.

Ibu saudara wanita itu cuba merayu agar pihak kedai tidak mengambil tindakan terhadap anak saudaranya itu yang pada ketika itu hanya menangis di kaunter kedai.

Sementara itu pemilik kedai yang dikenali sebagai Kak Maya berkata, selama ini dia hanya melihat kejadian seumpama itu Facebook sahaja. Namun tidak menyangka kali ini berlaku di kedainya sendiri.

“Nasib baik pencuri sempat ditangkap oleh staff Kak Maya. Sangat dramatik. Allahuakbar, syukur sebanyak-banyaknya.

“Sebelum ini memang Kak Maya tak nak panjangkan kes. Tapi kali ini biarlah pihak polis yang mengambil tindakan. Semoga menjadi pengajaran dan dapat menginsafi kesilapan diri dan menjadi tauladan kepada yang lain,” tulisnya di Facebook rasmi Kedai Emas Lelong Maya.

Wanita itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"PANAS!!! KES CUBAAN MENCURI BRG KEMAS DI KEDAI EMAS LELONG MAYA @ CHABANG TIGA,KUALA TGANU.."Malam td baru kak Maya terbaca kat fb, ada org berlagak customer melarikan brg kemas dari kedai emas kat KB … nauzubillah… tup2 hari ni jadi kat kedai sendiri… Tapi nasib baik pencuri sempat ditangkap oleh staff kak Maya… sgt dramatik…Allahuakbar…. syukur sebanyak2nya…Sebelum ni mmg kak Maya xnak pjgkan kes.. tapi kali ni biarlah pihak polis yg ambil tindakan.. semoga menjadi pengajaran dan dpt mengisafi kesilapan diri dan menjadi tauladan pd yg lain…Cuma kak Maya nak pesan.. tak terkecuali untuk diri sendiri… apa pon masalah kita, letak Allah di dpn… Kita susah mcmanapon… Allah ada… we're never left alone… banyakkn doa… in sya allah setiap kesulitan akan ada kesenangan… dan pintu taubah xkan pernah tertutup untuk kita walau sejahat mana kita sebelum ini…. Semoga kita sentiasa didlm rahmat&rahimNya

Posted by Kedai Emas Lelong Maya on Tuesday, March 7, 2017

Posted by Mosyie Nosyie on Monday, March 6, 2017

Sumber : Kedai Emas Lelong Maya.

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!

P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

The post (Video) Gadis Ini KANTOI Cuba Larikan Emas Dan Ditangkap Pekerja Kedai Emas !!! appeared first on SINAR HARIANI.



from SINAR HARIANI http://ift.tt/2m0BG0Z
via IFTTT

No comments:

Post a Comment