Thursday 1 December 2016

Cubaan Rompak RM600K Gagal Perompak Larikan Diri

2gNS0is

BANGI – Video dua buah kereta dipercayai perompak yang sedang mengejar mangsanya terbabas di bulatan Bangi Seksyen 15, viral di media sosial.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar tengah hari tadi di hadapan Stesen Petronas Bangi Seksyen 15, mangsa yang menaiki kereta Mercedes berwarna hitam dikatakan membawa wang tunai RM600,000 untuk membayar gaji pekerjanya.

Lapor sumber, mangsa telah diekori oleh dua buah kereta Toyota Hilux dan Proton Gen 2 dari UNIKEB sebelum menghimpit kereta mangsa dan terbabas di bulatan tersebut.

Oleh kerana perancangan suspek gagal, kesemua suspek melarikan diri. Salah seorang suspek yang menaiki kereta Proton Gen 2 bertindak memandu melawan arus sebelum melanggar seorang penunggang motosikal sebelum melanggar benteng jalan.

Panik dengan keadaan itu, suspek terus keluar melarikan diri tanpa menyedari telefon bimbitnya tertinggal dalam kereta tersebut.

Menurut sumber lagi, kereta Toyota Hilux yang digunakan untuk rompakan itu adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Bangi Seksyen 8 seminggu yang lalu sebelum pemiliknya dihubungi untuk datang ke tempat kejadian.

2gXRx1f

2gXMH3Y

Pihak polis dikatakan telah merampas telefon bimbit milik suspek dan kesemua penama yang ada di dalam telefon itu akan dihubungi bagi membantu siasatan. – The Reporter

LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2gO2H4E
via IFTTT

No comments:

Post a Comment