Thursday 1 December 2016

Polis siasat rakaman dua lelaki 'MENCABUL' seorang gadis 15 tahun secara serentak.!!


Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan manakala rakannya sedang diburu kerana disyaki terbabit mencabul pelajar perempuan tingkatan tiga yang baru dikenalinya melalui WhatsApp, kelmarin.

Polis berkata, dalam tangkapan 3.15 petang itu, telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.

Katanya, kejadian itu terbongkar apabila bapa pelajar itu membuat laporan polis di sini, petang Ahad, selepas menyedari mangsa tiada di rumah sejak malam Sabtu.

Menurutnya, dalam kenyataan di sini semalam, dalam laporan itu, bapa mangsa turut memberitahu ada menerima maklumat mengenai anaknya dikurung di sebuah rumah.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh daripada rakan anaknya dan mangsa turut menghantar lokasi rumah berkenaan menerusi WhatsApp.

"Ketika berusaha mengesan lokasi mangsa dikurung, polis dimaklumkan mangsa berjaya diselamatkan kakaknya di tepi jalan,".

Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berusia 15 tahun keluar dari rumah keluarganya tanpa disedari anggota keluarganya, mengikut dua kenalan lelaki yang baru dikenali selama dua hari melalui WhatsApp.

“Ketika bertemu mereka (suspek), mangsa dibawa makan di sebuah restoran sebelum dibawa ke sebuah tempat dan di situlah, kedua-dua suspek meraba dan mencium mangsa secara bergilir-gilir," kata polis.

Menurut beliau, mangsa cuba melawan namun ditampar suspek dan mereka juga didakwa cuba melakukan seks dengan mangsa namun tidak berbuat demikian apabila mendapati pelajar itu datang bulan.

“Mangsa kemudian merayu agar dia dihantar pulang sebelum ditinggalkan di tepi jalan dan diselamatkan kakaknya," katanya.

Pihak polis menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak di media sosial setiap masa bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang.





from Pencuri Viral http://ift.tt/2fOg1Fj
via IFTTT

No comments:

Post a Comment