Showing posts with label RB GOSSIP. Show all posts
Showing posts with label RB GOSSIP. Show all posts

Sunday, 18 December 2016

Ini Sebab DR. MAZA Kagum Dengan Tun Dr. Siti Hasmah Yang Mengejutkan Ramai Orang

Saya teringat Tun Siti Hasmah. 6 tahun lepas saya ada menulis sebuah artikel bertajuk SAYA INGIN MEMUJI TUN SITI. Saya rasa elok juga saya siarkan semula tulisan tahun 2010 itu buat yang belum pernah membaca. Ia hanya berkaitan dengan Tun Siti, dan sebuah artikel lama. Sila baca;

SAYA INGIN MEMUJI TUN SITI

Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’.

Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian.

Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Setiap orang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

The post Ini Sebab DR. MAZA Kagum Dengan Tun Dr. Siti Hasmah Yang Mengejutkan Ramai Orang appeared first on RinganBerat.com.



from RinganBerat.com http://ift.tt/2gYCIuf
via IFTTT

Ngerinya … Tak Sedar Rupanya Bermalam Dengan Mayat Di Hotel

DUA tetamu hotel secara tidak sengaja merasai pengalaman bermalam di sebuah bilik dengan mayat yang disembunyikan di bawah katil.

Mereka yang mendaftar masuk di sebuah hotel di tepi laut di Pattaya, Thailand dan mengadu mengenai bau busuk tetapi tidur di bilik berkenaan selama satu malam.

Tukang cuci turut menghidu bau busuk pada keesokan hari dan kemudiannya menemui kesan darah pada katil.

Satu mayat seorang wanita transgender ditemui di sebalik rangka katil itu selepas pemeriksaan dijalankan.

Ketua Polis Pattaya, Kolonel Apichai Kropphet memberitahu BBC bahawa mayat itu ditemui oleh tukang cuci tetapi hanya selepas dua pengunjung hotel tidur di bilik berkenaan selama satu malam.

Menurut laporan Bangkok Post, dua remaja lelaki, masing-masing berusia 17 dan 14 tahun ditahan kerana didakwa membunuh wanita itu.

Mangsa dikenali sebagai Amphon Kongsong berusia 28 tahun.

Kropphet berkata, suspek berusia 17 tahun mengenali Amphone menerusi Facebook dan kemudian memujuk untuk mencari pekerjaan untuk mangsa di Pattaya.

Suspek bersama mangsa dan seorang lagi rakan berusia 14 tahun menginap di hotel itu selama beberapa hari.

Menurut Kropphet, mangsa dipercayai dibunuh akibat perselisihan faham berlaku antara mereka. – Mail Online

The post Ngerinya … Tak Sedar Rupanya Bermalam Dengan Mayat Di Hotel appeared first on RinganBerat.com.



from RinganBerat.com http://ift.tt/2hItalQ
via IFTTT

Tuesday, 13 December 2016

Lelaki Ini PANAS Dengan Sikap BONGKAK Tuan Kedai Jual iPhone. Tindakkan Lelaki Ini Memang MENGEJUTKAN !!!

Pelanggan mana tak marah bila barang ‘under warranty’ dinafikan dari diperbaiki. Lebih-lebih lagi jika barang tersebut mahal dan baru sahaja dibeli.

Begitu juga bagi pelanggan dari China ini apabila beliau dimarahi pemilik kedai yang enggan membaiki iPhone yang dibelinya.

Laporan World Of Buzz memaparkan dua siri video pertelingkahan antara pelanggan dan pemilik sebuah kedai.

Pemilik kedai itu dengan bongkak berkata “Baiki? Baiki apa? Kalau ada duit belilah phone baru. Kalau tak ada pergi baiki di kedai lain!” katanya kepada pelanggan berkenaan.

Namun, pemilik kedai berkenaan tidak tahu bahawa pelanggan berkenaan sebenarnya kaya, lalu bertindak membeli 10 iPhone yang dijual di kedai berkenaan.

“Saya nampak kamu ada banyak iPhone dalam kedai ni. Saya beli semua sekali,” kata pelanggan berkenaan yang dianggap tuan kedai hanya berjenaka.

Tidak teragak-agak dengan keputusannya, pelanggan berkenaan terus membayar pembelian berkenaan secara tunai dengan harga 63,000 Yuan (kira-kira RM38,900).

Selepas membuat pembayaran, pelanggan berkenaan meletakkan kesemua iPhone berkenaan di atas lantai dan mula memecahkan kesemuanya menggunakan tukul besi bersama rakannya.

Walaubagaimanapun, pemilik kedai itu dilihat masih bongkak dengan berkata “saya tidak rasa kamu boleh musnahkan kedai (perniagaan) saya” dengan memusnahkan 10 iPhone berkenaan.

Pemuda berkenaan kemudiannya bertanya “berapa harga kedai ini?”. “500,000 Yuan! (RM380,000)” kata pemilik kedai.

Well, kesudahannya sudah dijangkakan, pemilik kedai berkenaan membayar harga kedai berkenaan dan memusnahkan keselurahan premis berkenaan demi mengajar pemilik bongkak itu.

The post Lelaki Ini PANAS Dengan Sikap BONGKAK Tuan Kedai Jual iPhone. Tindakkan Lelaki Ini Memang MENGEJUTKAN !!! appeared first on RinganBerat.com.



from RinganBerat.com http://ift.tt/2gy2j9U
via IFTTT

PELIK Pramugari MAS Bertudung Iringi Kerabat YDPA, Ini Jawapan Pramugari Yang Buat Ramai KAGUM !!!

Menurut kenyataan Ahli Parlimen Bachok yang dipetik menerusi laman FB rasminya, kehadiran ahli kerabat YDPA yang baru ke Istana Negara menggunakan pesawat MAS yang disewa khas. Dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Hari ini ialah hari pertabalan Sultan Kelantan sebagai YDPA yang baru secara rasminya.

Apa yang uniknya dengan penerbangan tersebut ialah, pramugari-pramugari MAS yang bertugas semuanya memakai pakaian menutup aurat dengan lengkap bertudung.

Turut dimaklumkan sama ialah pramugari-pramugari tersebut meminta agar Ahli Parlimen akan tetap konsisten berjuang dalam isu hak pramugari MAS dalam soal tudung dan hidangan arak atas pesawat.

“Pramugari MAS berharap agar mereka dibenarkan memakai tudung ketika bertugas dan tidak lagi diarahkan untuk menghidangkan arak kepada pelanggan”.

Apa yang menarik perhatian netizens ialah, ini adalah penerbangan khas yang pertama kali melibatkan kerabat diraja yang mana pramugarinya memakai tudung untuk melayan rombongan YDPA ke Istana Negara bagi acara Melafaz Sumpah Jawatan.

Netizens kemudiannya memuji tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai permulaan yang baik bagi Yang Dipertuan Agong yang baru.

Untuk rekod, pagi tadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua baginda dipilih Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, pada 14 Oktober lalu, bagi tempoh 5 tahun bermula hari ini.

The post PELIK Pramugari MAS Bertudung Iringi Kerabat YDPA, Ini Jawapan Pramugari Yang Buat Ramai KAGUM !!! appeared first on RinganBerat.com.



from RinganBerat.com http://ift.tt/2gwpYHT
via IFTTT

GEMPAR!!! Gadis Cantik Berusia 21 Tahun Ini Menangkap Ikan Menggunakan Pukat…!!

GEMPAR!!! Gadis cantik berusia 21 tahun ini menangkap ikan menggunakan pukat, NAMUN apa yang beliau tangkap di dalam kolam kecil itu amat mengejutkan dan tak disangka-sangka.

Sumber: berkatslamat

The post GEMPAR!!! Gadis Cantik Berusia 21 Tahun Ini Menangkap Ikan Menggunakan Pukat…!! appeared first on RinganBerat.com.



from RinganBerat.com http://ift.tt/2gDHChu
via IFTTT

Ibu Kerap Post Gambar Anak Di FB, Anak Tiba-Tiba Jatuh Sakit. Setelah Di Siasat Rupa-Rupanya !!!

“Comelnya baby Najla. Geram tengok kan. Hari-hari ada je gambar baru mama dia post kat facebook,” puji Ida tatkala melihat gambar anak kawan sepejabat yang baru bersalin.

Kita memang biasa kongsi gambar bayi dalam sosial media sama ada di facebook atau instagram. Sebenarnya rasa seronok dan bahagia bila dapat tunjuk pada semua kawan-kawan tentang kehadiran bayi dalam hidup kita.

Tetapi tahukah anda sebenarnya perbuatan berkongsi gambar bayi terutama yang baru lahir ke laman sosial boleh mengundang bahaya kepada kebahagiaan yang dikecapi. Rupanya ada sebab mengapa orang tua-tua tak benarkan kita menunjukkan gambar anak yang baru lahir kepada tatapan umum. Dibimbangi akan memakan diri kerana ada mata jahat yang sedang memerhati. Itulah penyakit ‘ain.

Apakah penyakit ‘ain?

Penyakit ‘ain adalah penyakit yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, pada dirinya atau pada hartanya, maka doakan keberkatan padanya, kerana sesungguhnya penyakit ain itu haq (benar). (HR Ahmad)

Dari Ibu Abbas r.s, Nabi s.a.w bersabda: ‘Ain (mata jahat) itu benar-benar ada, jika seandainya ada sesuatu yang mendahulu qadar, maka akan didahului oleh ‘ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah. (Hadis Riwayat Muslim).

Dari Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Mintalah kalian perlindungan kepada Allah dari ‘ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar) (HR Ibnu Majah).

Jenis-jenis ‘ain

Ibnu Qoyyim mengatakan bahawa penyakit ‘ain ada dua jenis iaitu

1.’Ain insi (‘ain berunsur manusia)

2.’Ain jinni (‘ain berunsur jin)

Diriwayatkan dengan shahih dari Ummu Salamah bahwa Nabi s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak perempuan di rumahnya yang wajahnya kelihatan kusam. Baginda berkata,”Ruqyah budak perempuan ini, dia terkena ‘ain. (Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim,Al-Hakim,Abu Nu’aim dan Al-Isma’ili dalam Mustakhroj-nya serta Ath-Thobroni)

Al-Husain bin Mas’ud Al-Farro berkata :Adapun sabda beliau “sa’fatun(kusam) bermakna “Nadzrotun” (terkena ‘ain dari unsur jin).

Tanda-tanda bayi terkena ‘ain

Bayi baru lahir dan anak-anak kecil sangat mudah terkena penyakit ‘ain apatah lagi sekiranya anak tersebut mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh anak lain seperti terlalu comel, montel, sihat, ceria dan lain-lain yang boleh menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Sekiranya anak anda ada tanda-tanda berikut, dia kemungkinan terkena penaykit ‘ain.

1.Bayi menangis tanpa sebab tak berhenti-henti.

2.Mengalami kekejangan tanpa sebab yang jelas.

3.Tidak mahu menyusu susu ibu tanpa sebarang punca yang pasti.

4.Keadaan badan yang kurus kering

Aisyah r.a berkata: “Suatu ketika Nabi masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda berkata, “Mengapa bayi kamu menangis? Kenapa tidak dibacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?

Cara mengelakkan anak dari penyakit ‘ain
1.Elakkan anak daripada bahaya ‘ain dengan kerap membacakan ruqyah-ruqyah (bacaan) yang diajarkan dalam Islam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi s.a.w memohon perlindungan Allah untuk Hasan dan Husain dengan doa yang bermaksud:

Aku berlindung kepada Allah untuk kalian berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat. (HR Abu Daud)

2.Janganlah keterlaluan menunjukkan kelebihan menakjubkan yang dimiliki oleh anak-anak anda kerana dibimbangi akan mengundang rasa iri hati atau kedengkian orang yang melihatnya.

3.Hendaklah ibu bapa tidak berlebihan menceritakan kelebihan atau kebaikan anaknya yang tidak dimiliki oleh anak orang lain sehingga boleh mengundang rasa iri hati dan dengki sesiapa sahaja yang mendengarnya, kemudian berusaha melihatnya hingga Allah mentakdirkan terjadinya pengaruh buruk ‘ain tersebut.

Langkah perlu dilakukan sekiranya anak terkena ‘ain
1.Jika pelakunya diketahui, hendaklah orang tersebut disuruh mandi kemudian orang yang terkena pengaruh mata jahat itu mandi menggunakan bekas air mandi orang tersebut.

Hal ini sebagaimana kisah sahabat Nabi s.a.w, Sahl bin Hunaif r.a dalam hadis yang telah lalu, bahawa Nabi s.a.w memerintahkan Amir bin robi’ah r.a untuk mandi dan sisa air mandinya disiramkan pada Sahl bin Hunaif r.a.

2.Memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan an-Naas, al-Fatihah, ayat kursi, dua ayat terakhir surah al-Baqarah dan membaca doa-doa yang disyariatkan dalam ruqyah.

3.Membaca doa yang bermaksud : “Dengan menyebut nama Allah, aku meruqyahmu dari segala sesuatu yang menyakitimu, dan dari kejahatan setiap jiwa atau mata orang yang dengki. Mudah-mudahan Allah SWT menyembuhkanmu. Dengan menyebut nama Allah, aku mengubatimu dengan meruqyahmu.” (HR.Muslim no.2186 (40),dari Abu Said r.a)

4.Membacakan pada air (dengan bacaan–bacaan ruqyah yang syar’i) disertai tiupan, dan kemudian meminumkan pada penderita, dan sisanya disiramkan ke badannya. Hal itu pernah dilakukan Rasulullah s.a.w kepada Tsabit bin Qois. (HR. Abu Daud no. 3885)

5.Dibacakan (bacaan) pada minyak dan kemudian minyak itu disapukan. (HR Ahmad III/497,lihat silsilah al-Ahaadits as-Shohihah :397). Jika bacaan itu dibacakan pada air zam-zam, maka yang demikian itu lebih sempurna jika air zam-zam itu mudah diperoleh atau kalau tidak,boleh juga dengan air hujan.

Sebaiknya apabila kita melihat bayi yang comel dan cantik dan berasa kagum dengan kecomelannya, hendaklah kita mengucapkan pujian-pujian kepada Allah SWT. Ini kerana penyakit ‘ain bukan hanya disebabkan oleh orang yang iri hati dan dengki terhadap apa yang dipandangnya, tetapi juga setiap mata yang memandang kagum terhadap sesuatu dengan izin Allah juga boleh menyebabkan penyakit ‘ain walaupun orang tersebut tidak bermaksud menimpakan ‘ain.

Di antara sunnah yang patut kita lakukan apabila kagum terhadap apa yang dilihat iaitu:-

– “Barakallahhufihi” yang bermaksud Ya Allah semoga Allah memberkati dirinya.

– “Allahumabarik’alaihi” yang bermaksud Ya Allah berkatilah atasnya.

– “Allahumabariklahu” yang bermaksud Ya Allah berkatilah baginya.

– Ucapkan “Masya’ Allah la quwwata illa billah” yang bermaksud Sungguh atas kehendak Allahlah semua ini wujud.

Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 39. Imam Ibnu Katsir mentafsirkan ayat tersebut dengan mengatakan :”Ketika engkau masuk suatu kebun dan kau merasa takjub akan keindahannya, mengapa engkau tidak memuji Allah atas nikmat yang telah diberikan kepadamu seperti nikmat harta dan anak keturunan yang tidak diberikan kepada selain engkau dan mengapa kamu tidak mengucapkan masya’Allah la quwwata illa billah. Kredit:-Pa&Ma

The post Ibu Kerap Post Gambar Anak Di FB, Anak Tiba-Tiba Jatuh Sakit. Setelah Di Siasat Rupa-Rupanya !!! appeared first on RinganBerat.com.



from RinganBerat.com http://ift.tt/2gHkBJa
via IFTTT

Monday, 12 December 2016

“Ayah..Saya DAH MURTAD, MASUK KRISTIAN!! Jangan Cari Saya Lagi..”!! Bapa Menangis kesepian. hingga akhinya terjadi satu malapetaka yang tidak disangka ! Nauzubillah !

masuk-kristian0

Pernah dengar cerita Aisyah Bokhari yang murtad tak lama dulu?Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita mengenai isu murtad yang dibawa di sini memang agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtadAisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin.

Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kitasendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad

2.Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhori setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah. Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad.

Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu.

Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga.Takde apa yang pelik pada dia, duduk dilembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu.

Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, “Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.”

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhori boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul.

Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh NurAisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.”

Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedangdikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik”.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuanmenyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri.

Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil,undang-undang syara’ akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu.

Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk. Article 4 pula menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.

The post “Ayah..Saya DAH MURTAD, MASUK KRISTIAN!! Jangan Cari Saya Lagi..”!! Bapa Menangis kesepian. hingga akhinya terjadi satu malapetaka yang tidak disangka ! Nauzubillah ! appeared first on RinganBerat.com.



from RinganBerat.com http://ift.tt/2hypaab
via IFTTT

Biodata Penuh Pelakon Kanak-Kanak 7 Hari Mencintaiku ” Buntat ” Yang Pasti Mengejutkan Anda

 

buntat0Nama Penuh : Mohd Ariff sebagai Buntat
Umur : 12 Tahun
Drama : 7 Hari Mencintaiku
Filem : Jibam (2017)
Asal : Jitra Kedah

Buntat, anak tokey roti canai Pak Mutalib Jitra,pandai dia berlakon,sekarang dah bergaya,dulu pakai seluar pendek jaa.

TAJUK DRAMA : 7 HARI MENCINTAIKU

EPISOD : 28 Episod semuanya
TARIKH ATAU MASA : 07 November 2016
SIARAN : M enerusi Slot Akasia TV3
NOVELIS : Siti Rosmizah
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PARA PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin, Zarynn Min

WATAK -WATAK PELAKON

Shukri Yahaya memegang watak sebagai Khuzairi
Siti Saleha memegang watak sebagai Mia Adriana
Ungku Hariz memegang watak sebagai Khalil
LAGU TEMA OST DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU
Tajuk OST : Lelaki Teragung
Penyanyi : Dayang Nurfaizah

SINOPSIS DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU

Drama ini mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam-diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama telah menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun begitu sifat angkuh dan sombong gadis ini telah menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hamapun jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana pula bagaikan lupa, hidup ini adalah ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombonganya itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta seoorang lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana adalah merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya iaitu Dato Megat Idrus. Mia yang telah pun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun begitu oleh kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis.

Khalil yang tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil telah menikahi Rita kerana inginkan duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, telah meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun dia hanya mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulah kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang telah menjadi kebencian Mak Leha, iaitu mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia amat memusuhi Puan Hayati. Terjadilah pelbagai pergaduhan diantara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang dimana menaruh hati pada Khuzairi.

Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu ada pasang surutnya. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu amat menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana telah tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang telah ditinggalkannya tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah lama membeku? Apakah Pak Samad mampu untuk membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri kepada Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain menjadi pengembala kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?.. mari sama-sama kita saksikan..

The post Biodata Penuh Pelakon Kanak-Kanak 7 Hari Mencintaiku ” Buntat ” Yang Pasti Mengejutkan Anda appeared first on RinganBerat.com.



from RinganBerat.com http://ift.tt/2gA2pCS
via IFTTT

Sunday, 11 December 2016

Peliknya Dunia Di Sekeliling Anda

Dekat Malaysia kita selalu tengok kalau kereta pelik, ada sayap dekat balakang atau tayar terkeluar je kan? Di luar sana banyak lagi kereta yang lagi pelik yang tak pernah kita lihat!

weird-cars-lego-car

weird-cars-furry-taskrabbit-car

weird-cars-upsidedown-bus

weird-cars-invisible-cars

weird-cars-snail-car

weird-cars-fish-car

weird-cars-diamond-mercedes

Kredit: veedo.my

The post Peliknya Dunia Di Sekeliling Anda appeared first on RinganBerat.com.



from RinganBerat.com http://ift.tt/2gyPMGe
via IFTTT

Sunday, 27 November 2016

Selalu Melayan Kerenah Anak Sehingga Bertukar Menjadi ‘Singa’, Sekali Sekala Perlu Juga Dapat Some “Me Time”

nak-me-time

Bila dah berumah tangga dan anak pun dah ramai, bila agaknya kali terakhir anda mendapat ‘me time’? Bila kali terakhir anda dapat peluang untuk buat aktiviti luar yang anda gemar? Sudah tentu segala aktiviti kewanitaan setelah anda tinggalkan demi menjaga dan menguruskan rumah tangga.

Mereka yang dulunya kulit lembut, ayu dan sopan tutur katanya kini bertukar menjadi ‘singa’ (bukan selalu) apabila berdepan dengan ragam anak-anak 24/7 tanpa cuti selain menguruskan hal-hal rumah tangga.

Jika ianya berterusan, boleh juga membuatkan para isteri letih dan murung. Jadi, apa kata para suami di luar sana baca perkongsian ini agar dapat memahami sedikit sebanyak perkara yang dilalui oleh isteri masing-masing dengan harapan, bantu atau ambil alih tanggungjawab isteri seketika agar mereka dapat meluangkan masa untuk ‘me time’ yang diperlukan. Bukan lama pun.. hehe..

Wanita Dah Berumah Tangga Perlu Juga Dapat Some “Me Time”

Being a mom, especially if u are a housewife memang kena melayan anak 24/7 tanpa cuti. Even sendiri tengah sakit pun tetap kena jaga anak, no off day. Dulu masa aku baru ada anak satu (Muhammad Ali), aku memang tak pernah berenggang dengan dia. Pernah sekali ada hal nak kena settlekan, aku terpaksa tinggalkan Ali dengan Mak dan Akak.

Kejap-kejap aku akan call, msg tanya Ali ok tak? Ali ok tak? Risau betul aku. Mesti orang rimas hehehe. Dan pernah sekali tu suami aku tak sihat, aku yang kena keluar sendiri pergi pasar nak beli barang dapur. Masa awal pagi Ali tengah tidur, aku cepat-cepat pergi. Kelam-kabut nak cepat je beli barang, hati tak tenang tinggalkan anak even dengan suami sendiri. Belum part tetek dah membengkak, susu time. Lagi la bertambah cepat nak balik. I was a super clingy mom.

Tapi bila Ali dah dapat adik, Abu Fattah dah lahir, banyak benda dah berubah. Anak dah bertambah, anak dah makin membesar, 24/7 kau kena melayan kerenah anak-anak. Penat. Kena deal dengan fasa tantrum dan layan drama-drama lain lagi, dan kau dah tak ayu macam masa awal-awal kau baru jadi seorang ibu. Dulu lembut je, nak jentik atau jerit sikit dekat anak pun tak sanggup. Tapi bila kau dah masuk fasa mommy monster ni sedetik pasti kau akan terasa, sometimes I wish aku dapat some “me time”.

Beruntung kalau ada suami atau keluarga yang memahami dan boleh bertolak ansur menolong. Walaupun dah jadi seorang Ibu, tapi still boleh keluar dengan kawan-kawan, still boleh pergi mencantikkan layan diri seorang-seorang. Kalau yang berkemampuan boleh pergi spa, pergi salon. Just some “me time” alone, away from the kids. Tak lama. Sekejap je.

Kalau Bapak-bapak boleh lari kejap untuk hisap rokok everytime lepas makan, kadang-kadang Mak-mak pun nak jugak mandi atau berak dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Itupun dah cukup heaven. Dapat pergi Giant ke Mydin ke dalam sejam sorang-sorang, tak bawak anak-anak pun dah dapat sedikit kelegaan. Bukan nak lari dari tanggungjawab, tapi just nak some “me time”.

Kalau nak tau, walaupun aku kuat tidur dulu, but I used to be an active person. Bukanlah seorang atlit, tapi aktif. Dari zaman sekolah lagi aku akan join any sports. Lumba lari, bola baling, bola jaring, perbarisan, kadet remaja sekolah, setiap tahun ada je join camping. Jungle tracking memang suka sangat. Other than sports, dari tadika lagi sampai zaman Uitm aku join tarian. Memang taknak duduk diam. Tapi bila dah kahwin, aku slow slow jadi terlalu relax. Dah kurang bersukan. Nak berehat sangat agaknya. Ataupun aku sendiri yang jadi malas. Dan bila dah ada anak, memang tak sempat. Jadi semua tu lah nak dijadikan alasan.

Dulu masa zaman belajar, malam-malam aku selalu makan nasi lemak sebungkus, dan 3 biji burger sekali gus. Badan kecik tapi selera besar. Berat badan memang tak akan naik. Tapi bila dah lepas bersalin, especially lepas dah tak breastfeedkan anak-anak lagi, tahun ni je berat aku naik 10kg. Badan memang totally dah berubah. Tak macam dulu lagi.

Makan tak jaga memang berat akan naik. Bukan senang nak kawal berat badan rupanya. Baru aku tau. Orang perempuan ni janganlah kita nak komen pasal berat dia. Memang sensitif dan boleh merajuk. Lepas bersalin dah lah body out of shape, stretch marks tak hilang lagi. Kalau dulu nak telanjang bulat depan suami pun tak malu. Sekarang ni nak bersama pun kalau boleh tutup lampu dalam gelap je, malu dengan body sendiri.

Macam mana la nak cantik-cantik balik, kalau “me time” sikit pun tak pernah dapat. Me time bukan untuk nak cantik je, tapi cukup untuk stabilkan balik emosi diri. Bila dah terlalu penat, kita akan cepat marah. Anak-anak jadi mangsa. Kadang-kadang bila sorang-sorang ni kita dapat muhasabah diri.

Tapi tak semua orang beruntung boleh dapat some me time. Single mothers atau ibu-ibu yang berjauhan dengan suami, suami askar kena duduk dekat kem atau suami kerja offshore berbulan-bulan tak dapat balik. Golongan ibu-ibu kuat ni lah yang semua benda diaorang buat sendiri. Tak ada me time pun. Kena hadap semua benda sendiri. Tak semua orang beruntung. Kalau ada duit, mungkin tak ada masa, kalau ada masa, mungkin kesihatan tak mengizinkan. Lain orang lain bahagiannya.

Dan nak dijadikan cerita, malam semalam aku dapat peluang join #PutrajayaNightMarathon. Aku join lari sorang. That’s my me time. Tengah semput-semput lari, dapat call kata anak demam panas pulak. Tak tenang hati jadinya. Me time dah dapat, tapi emosi aku entah kemana memikirkan anak yang tak sihat. Itulah kehidupan. Once dah jadi Ibu bapa, sampai Akhirat kita akan terikat dan bertanggungjawab akan perihal anak-anak. Semoga Allah berikan kebaikan dan ganjaran untuk kita semua ibu bapa yang masih bersabar dan kuat dalam membesarkan anak-anak kita ini.

Dalam sibuk menguruskan hal rumah tangga, dalam tengah stress dengan semua benda, jangan lupa urusan untuk diri sendiri. Jika ada kesihatan yang baik, pergilah buat apa yang selama ni teringin sangat nak buat. Janji jaga diri, jaga maruah suami dan keluarga. Jangan jadikan alasan anak-anak penghalang untuk buat apa yang baik untuk diri kita.

Macam aku ni, banyak benda yang aku nak ubah untuk kebaikan masa depan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Jangan malas. Sayangi diri kita sendiri. Bak kata Fazura “just keep loving yourself”. Hehehe. Remember, a happy wife, a happy life. Hang on Mummy, Ibu, Mak, Umi, Mama… You are not alone.

Kredit : Intan Nadiah

The post Selalu Melayan Kerenah Anak Sehingga Bertukar Menjadi ‘Singa’, Sekali Sekala Perlu Juga Dapat Some “Me Time” appeared first on RinganBerat.com.



from RinganBerat.com http://ift.tt/2g80Ydt
via IFTTT

Menyeramkan! Penampakan Jelas Hantu Murid Tanpa Kepala

hantu-murid-tanpa-kepala0

Keberadaan alam gaib memang telah menjadi misteri bagi umat manusia. Sebagian besar mempercayai adanya alam lain selain alam fana yang selama ini kita ketahui. Walaupun sebagian besar manusia tidak dapat melihat alam gaib beserta penghuninya, namun seringkali terjadi berbagai fenomena penampakan yang membuat bulu kuduk merinding.

Terkadang penghuni alam gaib ingin menunjukkan eksistensinya kepada manusia. Berbagai cara mereka lakukan untuk memberitahu tentang keberadaan mereka. Selain munculnya wewangian tertentu tanpa ada sumber yang nyata, mereka juga sering menampakkan diri dalam wujud menyerupai makhluk-makhluk tertentu.

Telah banyak kejadian dimana makhluk halus tertangkap kamera secara tidak sengaja, dan baru-baru ini kejadian yang menghebohkan adalah penampakan hantu berwujud murid sekolah tanpa kepala yang tertangkap kamera di Filipina.

Kehebohan terjadi di media sosial ketika sebuah foto penampakan murid tanpa kamera beredar. Dalam foto misterius tersebut terlihat seorang murid perempuan tanpa kepala yang sedang berjalan di koridor sekolah memakai seragam sekolah seperti murid-murid lainnya.

Siswa sekolah yang mengabadikan momen tersebut tidak bermaksud untuk memotret penampakan murid tanpa kepala, karena pada awalnya dia tidak melihat penampakan tersebut. Dia hanya bermaksud untuk mengabadikan situasi sekolah saat itu dimana terlihat para siswa yang sedang mengobrol dan bercengkrama, sedang memotret teman yang lain, sedang berbincang-bincang, dan berbagai aktivitas biasa lainnya.

Namun ketika selesai mengambil gambar tersebut dan melihat hasilnya, di foto terlihat sosok seorang siswi tanpa kepala. Semua orang merasa terkejut dan ketakutan karena sebelumnya tidak ada seorang pun yang melihat adanya siswi tanpa kepala berjalan di koridor.

Foto penampakan hantu tanpa kepala ini menjadi perbincangan hangat di kalangan netizen, sebagian mempercayai kejadian tersebut dan sebagian lagi menganggap bahwa itu adalah foto hasil editan yang sengaja dibuat untuk mencari sensasi.

Namun boleh percaya atau tidak, legenda setempat di Filipina mengatakan bahwa jika melihat penampakan sosok hantu tanpa kepala berarti seseorang tersebut akan ditimpa kesialan. Kesialan tersebut bisa berupa penyakit atau hal yang lainnya.

The post Menyeramkan! Penampakan Jelas Hantu Murid Tanpa Kepala appeared first on RinganBerat.com.



from RinganBerat.com http://ift.tt/2fGfvMC
via IFTTT

Thursday, 24 November 2016

Tanda Kiamat Muncul Di Madinah, Air Terjun Sudah Keluar Dari Gunung Uhud – Mohon Baca Dan Sebarkan Untuk Ingatan Bersama

tanda-kiamat0

Subhanallah, sekarang ini sudah banyak hadis Nabi tentang tanda-tanda kiamat yang telah terbukti. Termasuk di dalamnya mengenai sungai-sungai yang mengalir di Jazirah Arabia. Dan kini, sungai-sungai itu benar-benar mengalir dari gunung Uhud di Madinah.

Orang yang memperhatikan keadaan Jazirah Arab akan mendapatkan bahwa padang pasir yang gersang dan tandus mencapai 70% dari jumlah keseluruhannya. Nabi kita SAW memberi kabar bahwa diantara tanda kiamat: jazirah arab akan kembali subur dan dialiri sungai, padahal sebelumnya ia merupakan hamparan padang pasir gersang yang tidak ditumbuhi tanaman. Ini terbukti dengan munculnya air terjun dari gunung uhud.

tanda-kiamat1

Dari Abu Hurairah RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga jazirah arab kembali menjadi subur dan dialiri sungai, sehingga orang yang menempuh perjalanan dari Irak menuju Makkah tidak merasa takut kecuali dari ketersesatan –atau takut kehilangan arah jalan- dan akan membanyak al-haraj.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan al-haraj?” Beliau menjawab, “Pembunuhan”, (HR. Ahmad).

Dari Abu Hurairah RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga harta membanyak dan melimpah, bahkan seseorang sampai keluar dengan membawa zakat hartanya, namun tidak mendapati orang yang mau menerimanya. Dan hingga bumi arab kembali menjadi subur dan dialiri sungai,” (HR. Muslim).

The post Tanda Kiamat Muncul Di Madinah, Air Terjun Sudah Keluar Dari Gunung Uhud – Mohon Baca Dan Sebarkan Untuk Ingatan Bersama appeared first on RinganBerat.com.



from RinganBerat.com http://ift.tt/2ftDlYC
via IFTTT

Wednesday, 23 November 2016

Disebabkan Rupa Saya Sama Dengan Ibu, 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah… Ayah Punca Aku Hamil 6 Bulan !!!

rupa-sama-ibu

Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

“SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu. Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.

Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri. Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur. Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.

Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana ‘auntie’ (kekasih), ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.

Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.

Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya ‘sebiji’ (sama) dengan ibu. Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima. Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.

Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya. Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang ‘pakar psikologi’. Dia pandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.

Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun. Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.

Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya, sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.

Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.

Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.

Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.

Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis. Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.

Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.

Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam dirumah ayah di Kuala Lumpur.

Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.

Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.

Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.

Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar, kandungan berusia enam bulan.

Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain, tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.

Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.

Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.

Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.

Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah.

Kredit:- Tawaurians

The post Disebabkan Rupa Saya Sama Dengan Ibu, 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah… Ayah Punca Aku Hamil 6 Bulan !!! appeared first on RinganBerat.com.



from RinganBerat.com http://ift.tt/2gnjtIU
via IFTTT

Inilah Kisah SEBENAR Punca Kematian Anggota JPJ Yang MAUT Di Langgar TRELER Yang Buat Ramai SAYU !!!

anggota-jpj-maut0

Shah Alam: Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang dalam operasi, maut selepas dilanggar treler di hadapan Plaza Tol Setia Alam, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Mohd Ridzuan Yusoff, 32, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala selepas digilis kenderaan berat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisisoner Shafien Mamat berkata, siasatan polis mendapati mangsa baru selesai memeriksa pemandu sebuah lori kontena yang berada di hadapan treler berkenaan.

“Mengikut maklumat, pemandu treler berkenaan berhenti seketika di bahu jalan kerana hendak menelefon seseorang.

“Pemandu treler berusia 68 tahun itu kemudiannya meneruskan perjalanan dan dipercayai tidak menyedari mangsa berada di hadapan kenderaannya sebelum melanggar dan menggilisnya.

“Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. sumber:-Harian Metro

The post Inilah Kisah SEBENAR Punca Kematian Anggota JPJ Yang MAUT Di Langgar TRELER Yang Buat Ramai SAYU !!! appeared first on RinganBerat.com.



from RinganBerat.com http://ift.tt/2ghnsFC
via IFTTT