Tuesday 31 January 2017

FILLED UNDER PANAS TELINGA Setelah pendedahan tak dijemput ke AJL ini pula tindakan mengejutkan Dato Vida pada TV3 yang korang tak sanggup baca


black-wallpaper-1%2B%25285%2529%2B-%2BCo


Pengasas syarikat Vida Beauty, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida tidak menolak kemungkinan tindakan susulan yang bakal diambilnya iaitu mengkaji semula tajaan program dan iklan bersama TV3.

Datuk Seri Vida mahu tarik balik tajaan program dan iklan di TV3?

Beliau berkata, langkah itu diambil selepas beliau tersinggung dengan tindakan stesen televisyen tersebut yang tidak membenarkannya menghadiri Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur malam tadi.

Mereka halang saya ke AJL dengan alasan tidak mempunyai tempat duduk. Saya tidak boleh terima alasan tersebut. Apa yang dilakukan ini seolah-olah cuba menjatuhkan imej saya sebagai bekas penaja utama rancangan berkenaan.

Buat masa ini, saya sedang meneliti perkara ini dengan lebih mendalam sebelum membuat apa-apa keputusan. Ini bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari, katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Dr. Vida menyifatkan tindakan menghalangnya untuk hadir ke AJL 31 malam tadi sebagai tidak profesional.

Namun, tegasnya, tindakan itu bukan bertujuan menjadikan isu tersebut sebagai platform untuk mencari publisiti murahan atau meraih simpati masyarakat.

Katanya, apa yang dilakukan ini lebih berbentuk pengajaran kepada pihak berkenaan supaya tidak mengulangi perkara tersebut pada masa hadapan.

Sumber asal:thetrendingnow.blogspot.com

Sumber: ceritaterhebaat

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2jQjTIo
via IFTTT

No comments:

Post a Comment