Tuesday 31 January 2017

Saharul ridzwan tunai umrah bersama isteri

16230028_147130992459614_793073482520225

Sibuk dengan komitmen kerjaya sebelum ini, akhirnya Saharul Ridzwan dan isteri telah selamat berangkat ke tanah suci Mekah sebentar tadi setelah lama merancang untuk berbulan madu di sana. Biarpun gosip mengatakan pelakon ini kononnya sakit kerana terkena sihir, Saharul ternyata membuktikan dirinya sihat dan bahagia bersama isteri.

BACA: Saharul Ridzwan Kurus Kerana Terkena Sihir?

Assalamualaikum, saya dan isteri akan berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadat Umrah, hari ini. Di sini kami ingin memohon ampun dan maaf seikhlas hati ke atas semua salah silap sengaja atau tidak sengaja serta halalkan makan minum kami

Doakan saya dan isteri selamat sampai ke destinasi, selamat menunaikan ibadat umrah dengan sempurna dan dilindungi sepanjang kami berada di sana. Doakan juga kesihatan kami, dan dipanjangkan umur selama menunaikan ibadat. Semoga kami berdua mendapat umrah yang mabrur, katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.

Terdahulu, Saharul berdepan dengan pelbagai gosip liar yang dikaitkan dengan beliau dan juga rumah tangganya. Bukan sahaja didakwa semakin kurus kerana terkena buatan orang, malah perkahwinan pelakon ini juga dikatakan bermasalah sehingga tinggal berasingan. Bagaimanapun, Saharul menafikan segala dakwaan yang dilemparkan. (rkty/w)

KFY-300hx250w.jpg



SUMBER
Berita Harian Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2kJVIwa
via IFTTT

No comments:

Post a Comment