Tuesday 31 January 2017

HUKUM LELAKI MEMAKAI INAI

2knNJaX


Soalan:

Apakah hukumnya bagi lelaki memakai inai? Kita lihat ketika majlis perkahwinan, selalunya pengantin lelaki akan diinaikan jarinya.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Inai adalah perhiasan bagi wanita bukannya untuk lelaki. Dalam sebuah hadith, diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha:

: . .: . .

Maksudnya:Seorang wanita memberikan isyarat dari belakang tabir bagi menunjukkan pada tangannya ada surat untuk diberikan kepada Rasulullah SAW. Maka Nabi SAW menggenggam menutup tangannya lalu berkata: Aku tidak tahu adakah ini tangan lelaki ataupun tangan perempuan?. Jawab perempuan tersebut: Perempuan. Lalu Baginda berkata: Jikalau kamu ini perempuan, nescaya akan lakukan perubahan pada kuku-kuku kamu (iaitu dengan inai).

Riwayat Abu Daud (4166), al-Nasaie di dalamal-Kubra(9311) & Ahmad di dalamMusnadnya (26258). Al-Albaani menilainyaHasan.

Di dalamAun al-Mabuddisebutkan bahawa hadith di atas menunjukkan kepada tersangat digalakkan bagi wanita untuk mengenakan inai.[1]Al-Sanadi mula menyebutkan bahawa yang disebutkan dengan( )itu membawa makna:Sekiranya kamu meraikan syiar bagi wanita, nescaya kamu akan mengenakan inai pada tanganmu.

Setelah mengetahui bahawa inai itu adalah perhiasan bagi wanita, maka dalam sebuah hadith yang lain terdapat larangan bagi menyerupai wanita. Sabda Nabi SAW daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

Maksudnya:Rasulullah SAW telah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan golongan wanita yang menyerupai lelaki.

Riwayat Al-Bukhari (5885)

Al-Imam Ibn Battal Rahimahullah menyebutkan bahawa al-Tabari Rahimahullah mengatakan bahawa pada hadith di atas terdapat fiqhnya iaitu tidak boleh bagi lelaki menyerupai wanita pada sudut pakaian, perhiasan yang dikhususkan buat wanita.[2]

Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah SAW pernah membuang daerah lelakimukhannasyang mengenakan inai pada kedua tangan dan kakinya. Daripada Abu Hurairah RA:

: . : . : .

Maksudnya:Sesungguhnya Nabi SAW telah didatangkan kepada Baginda seorang mukhannas[3]yang mana telah menginai kedua tangan dan kakinya. Maka berkata Nabi SAW: Apa halnya dengan lelaki ini?. Maka dikatakan: Ya Rasulullah, lelaki ini menyerupai wanita. Lalu Rasulullah SAW mengarahkan agar lelaki tersebut di buang daerah ke al-Naqii. Maka mereka berkata: Ya Rasulullah, mengapa kita tidak membunuhnya?. Maka jawab Baginda: Sesungguhnya aku dilarang untuk membunuh orang yang solat.

Riwayat Abu Daud (4928). Al-Arnout mengatakan sanadnyadhoif(lemah).

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan di dalamal-Majmu:

:

Maksudnya:Adapun mewarnakan kedua tangan dan kaki dengan inai, maka digalakkan bagi yang berkahwin dikalangan perempuan berdasarkan hadith-hadith masyhur padanya dan haram ke atas lelaki-lelaki (memakai inai) kecuali untuk berubat.

[Lihatal-Majmu. Dar al-Fikr, 1/294]

Begitu juga al-Imam al-Syarwani Rahimahullah di dalamhasyiahnya bagi kitabTuhfah al-Muhtajkarangan Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah turut menyatakan perkara yang sama iaitu digalakkan bagi wanita yang telah berkahwin untuk berinai dan haram ke atas lelaki.[4]

Kesimpulan

Berdasarkan kenyataan di atas. Kami cenderung mengatakan bahawa tidak dibenarkan bagi lelaki untuk mengenakan inai pada kedua tangan atau kaki mereka dan digalakkan bagi perempuan yang telah berkahwin untuk berinai bagi tujuan berhias. Ini kerana berinai itu termasuk di dalam perhiasan wanita.

Oleh itu, tidak boleh bagi lelaki untuk berinai samaada bagi tujuan perkahwinan ataupun selainnya atas dasar berhias, agar nampak cantik dan sebagainya melainkan untuk tujuan berubat yang mana dengan berinai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu.

Adapaun bagi lelaki untuk mengenakan inai pada rambut, maka hal yang demikian itu tiada masalah. Ini kerana terdapat hadith yang membenarkannya.Wallahu alam.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

14 Disember 2016 bersamaan 14 Rabi al-Awwal 1438 H.

[1]LihatAun al-Mabud. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, (11/149).

[2]LihatSyarh Sahih al-Bukhari li Ibn Battal. Maktabah al-Rusyd, (9/140).

[3]Mukhannasadalah golongan lelaki yang meniru wanita dari sudut akhlak, percakapan dan juga pergerakan yang mana pada asal penciptaannya bukanlah begitu. Ianya dibuat-buat agar nampak seperti wanita.

[4]LihatHasyiah Tuhfah al-Muhtajli al-Syarwani. Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, (4/59).

via Bin Usrah
sumber : www.gengviral.com

Sumber: 1citemalaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2kdycYT
via IFTTT

No comments:

Post a Comment