Thursday 2 February 2017

Fazura perjelas status hubungan dengan lelaki mat saleh

7-Fazura-Perjelas-Siapa-Sebenarnya-Lelak

Pelakon dan penyanyi, Fazura menyifatkan bahawa gelaran atau perkataan girlfriend yang diberikan oleh Randy Seidman yang merupakan seorang DJ warganegara Amerika Syarikat adalah perkara biasa. Jelasnya lagi, di Amerika Syarikat gelaran tersebut bukanlah merujuk kepada pasangan yang bercinta.

BACA: DJ Mat Saleh Mengaku Bercinta Dengan Fazura

Kalau saya di sana (Amerika Syarikat) gelaran girlfriend itu merujuk kepada kawan perempuan. Manakala rakan lelaki mereka merujuk kepada guy friend. Jadi bila Randy memanggil saya dengan gelaran girlfriend ia hanya perkara biasa, katanya kepada Rotikaya.

Tindakan rakan rapatnya (Randy Seidman) dalam video berdurasi 10 minit 27 saat mendapat perhatian apabila cuba mempertahankan Fazura sebagai umat Islam yang digelar sebagai girlfriend selepas melihat dua lelaki memegang plakad provokasi bagi melarang kemasukan komuniti Islam ke negara itu.

Apa yang boleh saya katakan saya amat terharu dengan tindakannya itu kerana di situ membuktikan dia punya sifat kemanusiaan tidak kira agama. Saya bersamanya ketika itu semasa bercuti pada Disember lepas

adv.php?sid=332179965797

Saya dan Randy sudah berkawan baik sejak 5 tahun lalu. Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang menghormati orang lain walaupun berlainan agama dan bangsa, katanya lagi. (rtky/h)



Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2jGBQIG
via IFTTT

No comments:

Post a Comment