Sunday 19 February 2017

Cikgu Ini Bertindak Merotan Diri Sendiri. Apa Yang Berlaku Pada Murid² Selepas Itu MEMBANGGAKAN !!!

Cikgu Ini Bertindak Merotan Diri Sendiri. Apa Yang Berlaku Pada Murid² Selepas Itu MEMBANGGAKAN !!! | Kisah guru ini yang berkongsi mengenai caranya mendidik pelajar dari kelas belakang manjadi tular selepas cikgu tersebut berkongsi di laman Twitter peribadinya.

Kisah tersebut diceritakan berlaku pada tahun 2014 di mana dia ditugaskan untuk mengajar kelas yang paling akhir. Lazimnya, pelajar kelas akhir terdiri daripada pelajar-pelajar yang malas dan mempunyai prestasi corot.

Begitulah apa yang dihadapi oleh guru ini. Boleh dikatakan, semua pelajarnya perlu disuap. Namun, setelah mendapati cara itu tidak berkesan, guru itu memikirkan kaedah lain untuk mendidik anak muridnya.

Kaedah merotan sering digunakan semasa zaman dahulu tetapi guru ini menukar sedikit di mana setiap kesalahan yang pelajarnya lakukan, dia akan menanggung akibatnya.

Ujarnya, “Yang buat kamu gagal bukan diri kamu tapi cikgu kamu yang cepat putus asa. Jadi layakkah saya yang kena rotan. Kalau guru kamu tak rajin…”

Tambah guru tersebut lagi, “..macam mana kamu nak jadikan dia contoh. Aku pun keluar, sampai bilik guru memang dah lebam nasib baik ada minyak angin.”

Tindakannya itu menyentuh hati pelajarnya sehingga ada yang menangis. Apa yang menggembirakannya adalah apabila pelajarnya mula berubah dan akhirnya berjaya mencapai target semua lulus untuk peperiksaan pertengahan tahun.

Sangat menginspirasikan. Betapa guru itu menjadi lilin membakar diri untuk melihat anak-anak muridnya berjaya.

Sumber : Era Baru

P.S. 1 – Tips Untuk Habuk Tidak Melekat Pada Kipas Dengan SOFLAN. Gerenti BERKESAN !!!
P.S. 2 – Gaji Hanya RM 1500 Tetapi Boleh Beli Rumah, Kereta, Berkahwin Dan Simpanan RM 33K. Lelaki Ini Kongsi Tips²nya !!!
P.S. 3 – Pemandu Grabcar Ini Ambil Penumpang Di Sentul. Bila Ditanya, Penumpang Ini Mula Mengalirkan Air Mata !!!
P.S. 4 – Kanak² Ini Dijaga Oleh Haiwan Selepas Dibuang Ke Hutan. Selepas Ditemui APa Yang Berlaku MENGEJUTKAN Ramai Orang !!!
P.S. 5 – 10 Tahun Ambil Masa Untuk Siapkan Dokumentari Ini. Hasilnya SUBHANALLAH !!!

The post Cikgu Ini Bertindak Merotan Diri Sendiri. Apa Yang Berlaku Pada Murid² Selepas Itu MEMBANGGAKAN !!! appeared first on SINAR HARIANI.



from SINAR HARIANI http://ift.tt/2mdhbhh
via IFTTT

No comments:

Post a Comment