Monday 13 February 2017

Bercadang Hendak Melawat Bayi Baru Lahir? JANGAN Lakukan 5 Perkara Ini. Ramai TAK TAHU !!!

Bercadang Hendak Melawat Bayi Baru Lahir? JANGAN Lakukan 5 Perkara Ini. Ramai TAK TAHU !!! | Dalam keterujaan menziarahi ibu baru bersalin dan bayi baru lahir, ada beberapa perkara yang perlu dipandang berat. Ingatlah yang anda akan bertemu dengan dua insan yang masih belum sihat sepenuhnya selepas kedua-duanya melalui proses kelahiran.

Bagi memastikan diri anda adalah tetamu yang beradab, maka anda perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara seperti yang dinyatakan ini.

1. Tidak cuci tangan

Sebelum pegang bayi ketika datang melawat, anda digalakkan untuk mencuci tangan menggunakan sanitizer. Hal ini perlu bagi mengelakkan perpindahan kuman daripada tubuh anda kepada bayi. Sistem ketahanan tubuh bayi masih dalam proses perkembangan, jadi amat mudah untuk dirinya terdedah kepada jangkitan penyakit.

2. Melawat ketika sakit

Kalau diri sendiri tidak sihat, jadi jangan lah mendedahkan diri anda kepada orang luar. Penyakit yang sedang anda tanggung mudah merebak kepada orang lain terutamanya bayi yang baru lahir itu. Elakkan hal ini daripada berlaku kerana risiko jangkitan kepada bayi adalah sangat tinggi. Maklum sahaja, masa kini banyak jenis penyakit yang kerap menyerang manusia.

3. Kejutkan bayi yang sedang tidur

Bayi baru lahir dianggarkan tidur sehingga 18 jam sehari. Ada waktunya ketika anda datang melawat, dia sedang lena. Oleh itu, jangan diganggu tidurnya. Cukuplah sekadar memandang wajahnya. Kalau bayi meragam disebabkan terganggu waktu tidur, timbul masalah pula kepada ibu dan ayahnya.

4. Melawat di luar waktu yang sesuai

Ibu yang baru bersalin perlukan rehat secukupnya. Jadi, datang lah melawat pada waktu yang sesuai. Jangan datang pada awal pagi atau lewat petang. Berkemungkinan pada waktu-waktu itu, si ibu sedang sibuk menjalani rutin berpantang. Selain itu, jangan datang melawat pada waktu malam sebab pada waktu itu, sudah pasti ibu dan bayinya mahu berehat dengan tenang.

5. Nasihat tidak bertempat

Nasihat itu penting tapi perlu diberi kena pada tempatnya. Anda juga jangan berlagak seperti orang bijak pandai, seolah-oleh diri lebih berpengalaman daripada ibu yang baru melahirkan anakya itu. Ada baiknya perbualan anda dan si ibu lebih menjurus kepada hal-hal lain tanpa perlu mencuit sensitiviti ibu yang dalam proses pemilihan diri, fizikal dan emosi.

Sumber : Pa&Ma

P.S. 1 – Tips Untuk Habuk Tidak Melekat Pada Kipas Dengan SOFLAN. Gerenti BERKESAN !!!
P.S. 2 – Gaji Hanya RM 1500 Tetapi Boleh Beli Rumah, Kereta, Berkahwin Dan Simpanan RM 33K. Lelaki Ini Kongsi Tips²nya !!!
P.S. 3 – Pemandu Grabcar Ini Ambil Penumpang Di Sentul. Bila Ditanya, Penumpang Ini Mula Mengalirkan Air Mata !!!
P.S. 4 – Kanak² Ini Dijaga Oleh Haiwan Selepas Dibuang Ke Hutan. Selepas Ditemui APa Yang Berlaku MENGEJUTKAN Ramai Orang !!!
P.S. 5 – 10 Tahun Ambil Masa Untuk Siapkan Dokumentari Ini. Hasilnya SUBHANALLAH !!!

The post Bercadang Hendak Melawat Bayi Baru Lahir? JANGAN Lakukan 5 Perkara Ini. Ramai TAK TAHU !!! appeared first on SINAR HARIANI.



from SINAR HARIANI http://ift.tt/2kJYQKH
via IFTTT

No comments:

Post a Comment