Monday 27 February 2017

VIRAL Video Seorang Penuntut DITAMPAR Dan DITENDANG Guru. Inilah TINDAKKAN Mangsa Dan Keluarganya !!!

VIRAL Video Seorang Penuntut  DITAMPAR Dan DITENDANG Guru. Inilah TINDAKKAN Mangsa Dan Keluarganya !!! | Jitra: Kes penuntut pusat latihan perindustrian di daerah ini yang didakwa dikasari tenaga pengajarnya sehingga tular di laman sosial sejak kelmarin, dianggap selesai apabila mangsa dan keluarganya serta tenaga pengajar terbabit ingin berdamai.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, mangsa dan bapanya serta tenaga pengajar terbabit datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu 11.45 malam tadi bukan untuk membuat laporan berhubung kes itu sebaliknya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

Beliau berkata, mereka bersepakat untuk berdamai dan bapa mangsa akan cuba menyelesaikan kes itu secara dalaman tanpa memanjangkan sehingga menjadi kes polis.

“Saya dimaklumkan, kes itu hanya salah faham kerana penuntut terbabit kini menjalani praktikal dan ketika kejadian berlaku kecuaian ketika pemasangan pendingin hawa itu sehingga menimbulkan kemarahan tenaga pengajar berkenaan.

“Namun, disebabkan kes itu ditular di laman sosial, kita turut menghantar detektif kita ke pusat latihan itu semalam untuk mengambil keterangan mangsa. Polis turut membawa mangsa ke Hospital Jitra untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami kecederaan cuma dia mengadu pedih di bahagian pipi.

“Bagaimanapun, mangsa boleh membuat laporan polis pada bila-bila masa sekiranya tidak berpuas hati atau ada sebarang masalah berhubung kes berkenaan,” katanya.

Berikutan itu Abd Hadi berkata, kes berkenaan selesai dan menasihatkan orang ramai tidak terus menyebarkan maklumat kejadian itu di laman sosial sehingga menimbulkan kekeliruan.

Harian Metro malam tadi melaporkan penuntut pusat latihan perindustrian dipercayai ditendang dan dikasari tenaga pengajarnya ketika sedang memasukkan gas ke dalam kompresor pendingin hawa seperti yang ditular dalam Facebook sejak kelmarin.

Video berdurasi seminit itu turut menimbulkan kemarahan netizen yang mendakwa tindakan tenaga pengajar itu agak keterlaluan.

Sumber : Harian Metro

P.S. 1 – Tips Untuk Habuk Tidak Melekat Pada Kipas Dengan SOFLAN. Gerenti BERKESAN !!!
P.S. 2 – Gaji Hanya RM 1500 Tetapi Boleh Beli Rumah, Kereta, Berkahwin Dan Simpanan RM 33K. Lelaki Ini Kongsi Tips²nya !!!
P.S. 3 – Pemandu Grabcar Ini Ambil Penumpang Di Sentul. Bila Ditanya, Penumpang Ini Mula Mengalirkan Air Mata !!!
P.S. 4 – Kanak² Ini Dijaga Oleh Haiwan Selepas Dibuang Ke Hutan. Selepas Ditemui APa Yang Berlaku MENGEJUTKAN Ramai Orang !!!
P.S. 5 – 10 Tahun Ambil Masa Untuk Siapkan Dokumentari Ini. Hasilnya SUBHANALLAH !!!

The post VIRAL Video Seorang Penuntut DITAMPAR Dan DITENDANG Guru. Inilah TINDAKKAN Mangsa Dan Keluarganya !!! appeared first on SINAR HARIANI.



from SINAR HARIANI http://ift.tt/2myAuCv
via IFTTT

No comments:

Post a Comment