Friday 3 February 2017

Jamal Yunos dan pengikut ditahan rupanya kerana suspek samun berkumpulan

PUNCA Ketua Umno Sungai Besar, Jamal Yunos ditahan di rumahnya bersama 9 orang lagi pengikut akhirnya terbongkar. Jamal ditahan untuk siasatan berhubung kes samun berkumpulan lapor Malaysiakini.

Hal itu telah disahkan oleh ketua jabatan siasatan jenayah selangor, SAC Fadzli Ahmat yang memberitahu bahawa Jamal dan 9 orang lagi pengikutnya merupakan suspek bagi kes berkenaan.

2k7fCD6

Difahamkan kejadian samun berkumpulan itu berlaku ketika serbuan Jamal di sebuah tempat didakwa pusat perjudian di Taman Kosas Ampang pada 29 disember lalu.

Ketika serbuan itu beberapa orang telah membuat laporan polis mengatakan bahawa barang mereka hilang disyaki dicuri oleh Jamal dan pengikut-pengikutnya.

Kes Jamal disiasat di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Jamal sebelum ini dilaporkan ditangkap di rumahnya yang terletak di Ampang selepas pihak polis yang berpakaian biasa mengepung rumahnya selama kira-kira tiga jam.

BACA Polis kepung rumah Jamal Yunos tahan beliau bersama 9 pengikut.

Patutlah pihak polis sampai kepung rumah Jamal, seperti kesalahan besar. Rupanya Jamal Jamban dan pengikutnya adalah suspek kes samun secara berkumpulan.

Depan media kata nak serbu pusat judi kononnya, tapi tak mustahil samseng-samseng yang jadi pengikut-pengikut Jamal tu “sambil menyelam minum air”.

Read more: http://ift.tt/2l2SrYc

Sumber : BicaraNework

Sumber: superkiram

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2kYXGfw
via IFTTT

No comments:

Post a Comment