Thursday 2 February 2017

KINI VIRAL BAKAL BERSALIN MAC ADIRA SERAH PERSIAPAN SAMBUT BAYI PADA SUAMI

BAKAL BERSALIN MAC – ADIRA SERAH PERSIAPAN SAMBUT BAYI PADA SUAMI

“Jujurnya pada usia kandungan saya yang masuk lapan bulan ni memang tak larat hendak bergerak atau buat apa-apa pun.

“Mujur suami saya paling teruja untuk siapkan semua kelengkapan dan sebab itu saya serahkan semua kepadanya,” kata penyanyi Adira Suhaimi, 26, yang menyerahkan tugas membuat persiapan menyambut kelahiran bayi sulungnya kepada suami, Datuk Seri Adnan Abu.

Adira yang dijangkakan melahirkan anak sulungnya itu pada bulan Mac depan berkata, suaminya itu teruja bakal menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka sehingga persiapan yang dilakukan juga berlebih-lebihan.

Klik untuk gambar besar
Image_1.jpg

“Tambahan pula suami sudah ada pengalaman sebelum ini jadi lebih mudah dan Alhamdulillah semua keperluan telah pun lengkap dan hanya menanti waktu bersalin sahaja,” katanya yang berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung pada 3 Disember 2015.

Dalam pada itu, Adira berkata, walaupun sedang sarat mengandung namun dia masih menerima tawaran persembahan tetapi hanya acara yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Kata Adira, dia menerima beberapa undangan persembahan kerana tidak mahu memanjakan diri selain mengelak berasa bosan kerana sering berehat.

Image_2.jpg

“Suami tak halang saya teruskan kerja cuma dia tak bagi sekiranya persembahan itu diadakan di luar Kuala Lumpur. Tetapi sudah sampai tahap sekarang ini tidaklah selalu saya terima undangan cuma sekali-sekala bagi mengelak daripada berasa bosan,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, kata Adira lagi, dia akan menjalani tempoh berpantang di Kuala Lumpur dan ibunya akan datang untuk menjaganya.

“Insya-Allah bersalin dan berpantang di sini sahaja dan ibu saya akan datang dari Sabah untuk menjaga saya sepanjang tempoh itu. Jika tak pun suami boleh jaga saya kerana dia sudah ada pengalaman sebelum ini,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Adira baharu sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul ‘Memilih Mencintaimu’ duet bersama Taufik Batisah. Ia adalah lagu tema untuk filem ‘Soulmate’ Hingga Jannah.

Image_3.jpg
Sumber:mStar
Foto:Adira Suhaimi IG

Sumber: rotikayaku

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2kuMWoB
via IFTTT

No comments:

Post a Comment