Thursday 2 February 2017

KINI VIRAL SAMBUT KELAHIRAN ANAK KEDUA ALIF SATAR NAMAKAN ARIANA MECCA

SAMBUT KELAHIRAN ANAK KEDUA – ALIF SATAR NAMAKAN ‘ARIANA MECCA’

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar yang menyambut kelahiran anak kedua yang juga perempuan apabila isterinya, Shadila Halid selamat melahirkannya kira-kira jam 6.45 pagi tadi.

Menurut Alif, bayi perempuan keduanya yang dilahirkan secara normal dengan berat 3.41 kilogram itu telah diberikan ‘Ariana Mecca’. Kata Alif lagi, isterinya itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar sejak Selasa lalu.

Klik untuk gambar besar
Image_1.jpg

“Alhamdulillah, keadaan anak dan isteri saya baik-baik saja. Anak saya dilahirkan sihat walafiat. Kami sepakat menamakannya Ariana Mecca.

“Ariana bermaksud penuh kehidupannya. Mecca pula kerana saya dan isteri menunaikan umrah sebelum ini dan terdetik nama Mecca (Makkah) bagi melengkapinya,” kata pelakon drama ‘Dia Semanis Honey’ itu.

Tambah Alif, anak keduanya itu disambut doktor sama yang menyambut anak sulungnya, Alisha Anugerah.

“Doktor Idora yang menyambutnya. Doktor yang turut menyambut kelahiran Aleesya sebelum ini sangat baik dan memberikan layanan terbaik buat kami,” tuturnya.

Image_2.jpg

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg
Sumber:Berita Harian
Foto:Alif satar & Shadila Halid IG

Sumber: rotikayaku

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2kuQWpa
via IFTTT

No comments:

Post a Comment