Monday 6 February 2017

Lelaki Mengaku Anak Buah Jamal Mahu Cukur Kepala TMJ Seperti Kepala Tok Sami. Identiti Beliau Mula Didedahkan Umum

VIDEO rakaman seorang lelaki yang mahu mencukur kepala Tenku Mahkota Johor, TMJ menular (viral) di laman sosial facebook apabila menerima lebih 5,800 perkongsian sejak dimuat naik hanya kira-kira 14 jam yang lalu (semasa artikel ini ditulis).

Dalam video yang dipercayai dirakam di tempat letak kereta Tesco itu, lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai 'Mat KL', dalam loghat Kelantan berkata dia mahu memarahi TMJ kerana menuduh 'tan srinya' melarikan duit MARA.
SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

"Nama sayo Mat KL, sayo nok maroh ko TMJ ni malam ni, pasal TMJ dia tuduh tan sri ambo, dia kata tan sri ambo wat lari pitih MARA, (Nama saya Mat KL, Saya nak marah TMJ malam ni, pasal TMJ tuduh tan sri saya bawa lari duit MARA,) katanya.

Berdasarkan isu semasa, dipercayai lelaki ini marah kepada Tengku Mahkota Johor, Tenku Ismail Sultan Ibrahim kerana sebelum ini mendedahkan dokumen berkaitan salah laku Tan Sri Annuar Musa yang didakwa menyalahgunakan wang MARA dan UniKL.

Lelaki ini mengugut akan mencukur kepala TMJ jadi seperti kepala 'tok cha' (Tok Sami) jika berjumpa dengannya.

"Mu jangan wi jumpo dengan aku TMJ, jumpo denga aku, aku cukur kepalo mu, aku wak seghupo nga tok cha," (kau jangan sampai jumpa dengan aku TMJ, kalau jumpa aku cukur kepala kau, aku buat serupa macam tok sami,) ugutnya.

Dia yang mengaku sebagai samseng anak buah Datuk Jamal, turut memberi amaran supaya TMJ beringat, bahawa dia adalah panglima perang dan mengaku sebagai keturunan berdarah panglima merah.

"Ha mu jangan buak samseng ni daghoh panglima meghoh, beringak sikik, panglima peghe, duo paku ni, duo paku, kang aku cukur kepalo mu TMJ ha gedebe, aku oghe gedebe TMJ! Anak buah datuk Jamal," Katanya dengan bongkak," (Kau jangan buat samseng, ini darah panglima merah, beringat sikit, panglima perang, dia paku ni dia paku, nanti aku cukur kepala kau, ha samseng aku ni samseng TMJ! Anak buah Datuk Jamal,) tegasnya.

Video itu mengundang reaksi marah warga media sosial yang menyifatkan lelaki ini sebagai kurang ajar dan biadap. Orang ramai turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya.

Segelintir pula mendakwa, lelaki ini seorang yang kurang siuman dan 'gila glamour' sejak lahir, dia dikatakan sanggup melakukan aksi-aksi merapu kerana menerima wang daripada pemimpin politik tertentu.
Segelintir warga maya menggesa orang yang merakam video diambil tindakan kerana mempergunakan lelaki kurang siuman tersebut sekaligus menganiaya dirinya.

Di bawah ini video rakaman tersebut, sila klik untuk menonton.

Read more: http://ift.tt/2kle3BD

from Betul Betul Padu ! http://ift.tt/2kBrvQB
via IFTTT

No comments:

Post a Comment