Saturday 11 February 2017

Lelaki Terkejut Jumpa Kereta 'Rare' Selepas Pecahkan Dinding Rumah Pusaka Yang Telah Didiaminya Sejak 23 Tahun Untuk Ubah Suai

Seorang lelaki dari Ukraine ini terkejut selepas dia menjumpai sebuah kereta 'rare' ketika sedang merobohkan sebuah struktur dinding rumah pusaka yang didiaminya sejak 23 tahun lalu.

Ketika sedang merobohkan dinding berkenaan, dia mendapati terdapat sebuah ruang di dalamnya di mana ditutupi oleh sehelai kain.

Selepas menyelak kain langsir berkenaan, dia nyata terkejut selepas menemui sebuah kereta lama jenis Toyota Corona Mark II, yang diimport daripada Jepun pada masa dahulu.

Kereta berkenaan merupakan kereta kategori mewah pada awal tahun 90-an di mana di ukraine dia menjadi pilihan golongan kaya memakainya.
Toyota Mark ii : Gambar Favcars.com

Enjin kereta ini didatangkan dengan kapasiti 2.0 di mana ketika itu kereta ini menjadi pesaing utama bagi BMW E28, Mercedecs-Benz W128 300E(Mercy Boxer), dan Volvo 850.

Menurut beliau, kereta ini kemungkinan disembunyikan oleh ayahnya dalam ruang berkenaan kerana bimbang dicuri kerana ayahnya dahulu jarang berada di rumah di mana ketika itu dia masih kecil menyebabkan dia terlupa setelah 23 tahun berlalu.
Walaupun kereta ini kini dipenuhi debu dan sarang labah-labah, dalaman kereta ini masih dalam keadaan yang baik, bahagian enjinnya masih elok walaupun luarnya sedikit berkarat dimana jika dibaiki semula sudah pasti boleh dinaiki. - Siakapkeli.my

Sumber


from Betul Betul Padu ! http://ift.tt/2l4rFC4
via IFTTT

No comments:

Post a Comment