Saturday 4 February 2017

Selalu Komen Ayat PUAKA Kt FB. Apa Jd Kat Aku Buat Ramai Pembaca TERKEJUT !!!

Selalu Komen Ayat PUAKA Kt FB. Apa Jd Kat Aku Buat Ramai Pembaca TERKEJUT !!! | Sekarang ni banyak kat FB aku tengok komen-komen yang menakutkan. Maksud menakutkan bila netizen keluarkan ayat puaka contohnya sila meninggal, lahanat, mencarut dsb. Aku rasa itu dikira macam cyber buli alam maya. Tak elok dijadikan budaya bagi pengkomen sesuatu isu. Korang ingat tak baru-baru ni ade kes budak kat Banting mendakwa dia kene kidnap dengan van putih. Tapi bila polis siasat, rupanya budak tu tipu sebab takut kene marah dengan ayah dia.

Teruk betul netizen komen sampai ade maki dan mencarut. Tapi nama pun ‘ BUDAK’ kita pun yang dewasa ni jangan le jadi budak-budak mengejek bagai. Tegur la cara berhikmah dan bijak macam polis yang ‘trick’ budak tu sampai mengaku. Kan bijak nama tu.

Korang perasan tak kekadang keluar berita mak atau ayah terlanggar anak masa keluarkan kereta, lepas tu isu anak terkunci dalam kereta, terlupa anak dalam kereta, anak terjatuh kat ‘escalator’ dsb. Aku memang hot betul benda tak perasan ni. Tangan ni rajin je komen puaka salahkan orang yang tak sengaja tu. Takkan le boleh tak perasan (dalam hati macam sombong sikit sebab aku ni jenis berhati-hati tahap melampau punya orang). Then banyak la aku komen ‘salahkan mak bapak’ sampai aku malu bila teringat apa yang aku pernah tulis dulu.

Cerita yang aku nak luahkan ni ada kene mengena dengan netizen yang buat ayat puaka tu. Sebabnya dulu aku pun macam tu jugak. Kutuk tak ingat dunia terutamanya perkara hot seperti isu yang aku tulis kat atas. Sehinggalah terjadi 2 perkara yang memang tak pernah aku terjangka akan terjadi. Tetapi tiada yang mustahil terjadi jika diizinkan Tuhan.

Suatu hari tu, aku tengah drive kereta. Balik dari kerja macam biasa, bawak perlahan-lahan iyelah, orang berhati-hati macam tu la. Tiba-tiba masa nak ‘U turn’ kat satu simpang, air minum yang aku letak kat ‘sit’ penumpang sebelah boleh pulak tumpah. Sambil pusing stering, tangan sebelah ambik air yang jatuh. Tiba-tiba aku terasa satu hentakan dan gegaran kuat berlaku. Aku terlanggar kereta yang parking kat tepi jalan rupanya. ‘Serious’!! masa tu aku rasa macam tak percaya dan pelik sangat macam mana aku tak boleh nampak kereta tu.

Haa dipendekkan cerita memang teruk kereta yang aku langgar, aku cedera dan yang paling tak best ada budak berumur 5 tahun tengah pegang kepala dia sambil terbaring. ‘Parent’ budak tu selamat sebab kat luar kereta. Aku pun nangis lepas nampak budak tu mula menangis (rasa bersalah), minta maaf tak henti-henti, seterusnya pergi buat report polis untuk claim insurans dan checkup hospital (cover kos checkup budak tu sekali).

Nasib baik parent budak tu tak pukul aku. ‘Maybe’ sebab aku nangis lagi kuat daripada budak yang sakit kepala tu kut. Mulut aku pun tak henti-henti keluarkan ayat tak sengaja (orang gila je yang sengaja nak eksiden kan). Padan muka aku, macam tu le rasanya bila sesuatu perkara terjadi di luar jangkaan sendiri. Aku serik, sedikit trauma dan berhati-hati komen isu yang terjadi tanpa disengajakan lepas tu. Terima kasih Tuhan kerana memberi pengajaran buat aku… bayangkan jika budak tu mati… pergh mesti lebih trauma aku dibuatnya.

Tapi serik aku sekejap je. Nama pun manusia biasa. Lepas tu aku hot pulak isu ah long. Aku hentam mak bapak yang tak pandai didik anak sampai anaknya pinjam ahlong. Aku hentam bini yang sabar bayarkan hutang ahlong laki dia. Aku bagi idea suruh cerai je dan lari dari membantu. Aku pelik orang yang sanggup terlibat dengan samseng tu dan sampai mati pun aku yakin takkan pinjam duit ahlong kalau sesak. Banyak alternatif lain untuk aku.

Sehinggalah ada satu petang tu aku terima panggilan telefon dari seorang cina. ‘Eloo..adik awak xxx pinjam duit kami woo. Mintak awak bayarkan. Dah 1 bulan dia tatak bayar’ . Memang bala betul petang tu. Cina tu kata dia berdaftar tapi siap ugut aku nak jumpa kalau lambat bayar. Dah sah le ahlong. Bila aku siasat rupanya adik aku nak buat modal bisnes. Dia ingatkan bila untung boleh cover hutang ahlong rupanya jualan tak jalan.

Air mata parent memaksa aku untuk membuat pinjaman bank sampai 40 % dari gaji kerajaan aku. Sampai sekarang ni aku kene ikat perut sebab isu tu. Marah tu memang lah tapi takkan la aku nak ceraikan adik aku pulak. Nampak kan ayat puaka aku pusing balik kat diri sendiri. Kalau tak terjadi kat diri sendiri ia boleh terjadi pada orang terdekat. Dan kita juga akan turut terkesan.

Sekarang ni kalau cuaca sejuk kaki aku yang eksiden terasa kebas, kalau kawan-kawan ajak makan terpaksa tolak sebab duit gaji kene potong. Aku luahkan perasaan ni sebab nak ingatkan diri sendiri dan orang lain supaya selalu tulis ayat positif jangan ayat puaka. Semoga dengan ayat-ayat baik akan berbalik pada diri sendiri. Kalau korang berani buat la ayat puaka tapi aku memang betul dah taubat. Keselamatan dan kewangan aku dah diuji Tuhan disebabkan ayat puaka aku sendiri.

Sekian. – Ana si pendosa via IIUM.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

The post Selalu Komen Ayat PUAKA Kt FB. Apa Jd Kat Aku Buat Ramai Pembaca TERKEJUT !!! appeared first on JOM MELANCONG.



from JOM MELANCONG http://ift.tt/2l37FQZ
via IFTTT

No comments:

Post a Comment