Monday 21 November 2016

Dah Basuh Banyak Kali Tapi Bintik Hitam Pada Pakaian Tetap Tak Hilang Ni Tipsnya

Aliff%2BSyukri%2BTerlajak%2BLaris%2B2.pn

Kalau pakaian korang ada jeragat atau bintik hitam kecil yang banyak, ketahuilah itu sebenarnya kulat yang tumbuh pada baju akibat baju tersebut tidak kering atau lembap. Dah basuh banyak kali pun masih tak hilang kan? Haa jangan risau, ada petua untuk korang hilangkan bintik hitam tersebut. Baca ni:

1. Campur cuka dalam setengah liter air

2. Rendam pakaian yang berbintik hitam ke dalam air campuran cuka semalaman.

3. Keesokannya, cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa.

4. Sediakan air panas yang dah dicampur dengan jeruk nipis.

5. Bilas pakaian dengan air suam hangat campuran jeruk nipis tadi.

6. Biar pakaian korang selama beberapa saat dalam air hangat campuran jeruk nipis.

7. Kemudian, cuci kembali guna sabun atau detergen

8. Bilas guna air bersih

9. Kemudian korang jemur sampai kering

Kemudian, kami ada tips nak elak bintik hitam timbul pada pakaian:

Kalau korang seorang yang kuat berpeluh, pastikan baju tersebut terus dicuci. Jangan biarkan terperuk. Kalau cuci baju, jangan biarkan samapi 2,3 hari baru nak jemur. Siap cuci terus jemur tau!

Pastikan baju yang dijemur kering dengan betul, jangan angkat selagi baju tak kering.

p/s: untuk pengetahuan korang, Zat asam pada cuka dan jeruk nipis dipercayai boleh menghilangkan bintik hitam atau jeragat hitam pada pakaian.

Sumber:mynewsvibes

Sumber: informasidbt

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2fMeNhq
via IFTTT

No comments:

Post a Comment