Tuesday 29 November 2016

Anak Montel dan Tembam Nampak Comel Tetapi Ia Boleh Mengundang Obesiti Doktor

1.png

KUALA LUMPUR – Ramai ibu bapa yang suka bila anak-anak mereka montel ataupun tembam. Tetapi tahukah anda bahawa keadaan itu sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka?

Comel di mata kita, tetapi lambat laun ‘kecomelan’ itu akan memakan diri mereka dan ibu bapa juga yang akan susah hati apabila anak terkena penyakit yang sepatutnya boleh dielakkan.

Menurut Doktor Zubaidi Hj Ahmad, ramai ibu bapa yang menganggap anak yang montel atau tembam itu kelihatan comel dan sihat.

“Saya sering ditanya bagaimana mahu ‘menggemukkan’ anak mereka walaupun berat badan mereka masih dalam lingkungan yang seiringan dengan usia.

“Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa ia boleh mengundang obesiti di kalangan kanak-kanak sehingga meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik di awal usia kedewasaan mereka,” katanya.

Jelas Doktor Zubaidi, beliau banyak mendapat kes dari kalangan pesakit berusia 20’an yang mengalami diabetis dan tekanan darah tinggi.

“Ini kerana kebanyakan kanak-kanak yang obes akan terus kekal obes apabila mereka dewasa.

“Baru-baru ini, ada seorang remaja berusia 19 tahun amalkan minuman air berkarbonat setiap hari. Bila kerap kencing di waktu malam, saya melakukan ujian gula dalam darah secara rambang dan bacaannya 18. Bila disuruh berpuasa esoknya, keputusannya masih lagi 14.

“Jadi, bagi anak yang terlalu obese, kurangkan pengambilan air manis dan makanan ringan yang kebanyakannya penuh dengan gula, MSG dan garam. Sayangilah anak kita kerana mereka tidak pandai memilih,” katanya. – The Reporter

sumber : www.gengviral.com

Sumber: gengviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2gHMRZc
via IFTTT

No comments:

Post a Comment