Monday 28 November 2016

Berang Tidak Dibenarkan Masuk Lelaki Serang Pengawal Dengan Parang

1.png

KLANG – Berang tidak dibenarkan masuk ke kawasan perumahan, seorang lelaki menyerang pengawal keselamatan warga asing menggunakan parang dalam kejadian Sabtu lalu.

Dalam kejadian yang berlaku di Bandar Botanic pada jam 2.32 pagi itu, suspek yang menaiki kereta Perodua Alza WA4278Y bersama dengan tiga lagi rakannya termasuk seorang wanita, cuba memasuki kawasan perumahan tersebut.

1.jpg

Namun, dihalang oleh pengawal keselamatan warga asing yang bertugas pada ketika itu.

Berang dihalang masuk, suspek kemudian keluar dari kereta dan terus memarahi mangsa sebelum menolaknya sehingga menyebabkan barangan yang diletakkan di meja berhampiran terjatuh.

Rakan mangsa kemudian menaikkan palang bagi memberi laluan kepada kereta itu namun di belakang kereta, suspek masih tidak berpuas hati lalu menumbuk mangsa sebelum dihalang oleh rakan mangsa.

Pertengkaran itu kemudian berlarutan sehingga ke depan pondok pengawal sebelum suspek mengambil parang di dalam keretanya dan menyerang mangsa.

Susulan kejadian itu, suspek bersama rakannya segera melarikan diri dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, tidak diketahui apakah nasib mangsa selepas kejadian itu. – The Reporter

sumber : www.gengviral.com

Sumber: gengviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2gArrAM
via IFTTT

No comments:

Post a Comment