Monday 28 November 2016

Faye kusairi nafi berpisah dengan azmi hatta

Faye-Kusairi-Nafi-Berpisah-Dengan-Azmi-H

Entah dari mana datangnya cerita mengenai perpisahan pasangan ini, Faye Kusairi menafikan bahawa dia kini sudah pun tidak mempunyai sebarang hubungan bersama pengarah drama, Azmi Hatta. Ada sesiapa peminat Elly Mazlein di sini?

BACA: Saya Bercinta Dengan Faye Kusairi Lepas Solat Istikarah

Saya tidak tahu macam mana boleh cerita kononnya saya dan Azmi sudah berpisah. Terus-terang, kami masih berkawan rapat dan hubungan kami masih sama seperti sebelum ini. Begitu juga dengan dakwaan ada orang ketiga dalam hubungan kami. Saya dan Azmi tidak mahu ambil tahu gosip yang tersebar ini

Saya sudah malas hendak komen isu sebegini. Kalau saya buka mulut pun orang tetap tidak percaya dan mengecam saya juga. Jadi, lebih baik saya berdiam diri dan tidak perlu mengulas apa-apa lagi, katanya.

Namun menurut Faye, mereka ketika ini sedang sibuk dengan kerjaya masing masing selain pelakon ini juga menyerahkan segalanya pada ketentuan takdir.

Forum-Ads-.jpg

Buat masa ini, saya dan Azmi sibuk dengan karier seni masing-masing. Kalau ada jodoh kami, adalah. Jika ditakdirkan tiada jodoh di antara kami, saya reda, jelas Faye yang mahu memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya. (rtky/s)

SUMBER
harian metro

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2gAmKad
via IFTTT

No comments:

Post a Comment