Monday 21 November 2016

DIKECAM NYANYI LAGU SENDIRI INI JAWAPAN MENGEJUTKAN NORA

black-wallpaper-1%2B%25282%2529.jpg
Penyanyi Nora Ariffin teruk kena kecam di media sosial apabila beliau bakal menyanyikan lagunya sendiri berjudul ‘Sandiwara’ pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza 3 (GV3). Lagu kedua tersebut diumumkan melalui segmen pilihan media di konsert suku akhir GV3.
Netizen turut mempertikai mengapa lagu yang dimuatkan dalam album sulung Nora itu menjadi pilihan media, sedangkan banyak lagu lain boleh disampaikan penyanyi bersuara nyaring itu serta tidak adil kepada peserta lain.
Image_7.jpg
Hakikatnya, kumpulan media juga terkejut dengan pengumuman dibuat penganjur GV berikutan ‘Sandiwara’ tidak tersenarai dalam lagu pilihan media, sebaliknya Nora diberi lagu lain.
Mengulas kontroversi itu, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad mengesahkan wujud pertukaran lagu dalam kalangan peserta GV atas pelbagai alasan.
“Kami sudah memujuk peserta dengan memberi pelbagai penjelasan serta rasional mengapa sesuatu lagu dipilih. Bagaimanapun, artis berkeras untuk tidak mahu menyanyikan lagu pilihan dengan pelbagai alasan seperti tidak sesuai dengan julat vokal mereka.
Image_1.jpg
“Dalam kes Azharina, dia bukan tidak mahu menyanyikan lagu pilihan media. Lagu Fantasia Bulan Madu akan dinyanyikan secara duet dengan Black. Cuma Azharina menukar daripada menyanyikan lagu itu secara solo kepada duet,” jelasnya.
Mengenai tindakan Nora menyanyikan lagu sendiri pada peringkat separuh akhir, Raqim berkata, ia bukanlah perkara baru kerana peserta GV musim lalu pernah melakukannya.
“Kalau tak silap saya, Rahmad pernah menyanyikan lagu sendiri dalam pertandingan GV. Mereka penyanyi profesional. Dalam hal ini, kita sudah memberi penjelasan kepada mereka.
“Apabila peserta menolak lagu yang diberi atas alasan sendiri, kami tak mahu memaksa. Mungkin lebih baik jika perkara itu ditanyakan sendiri kepada penyanyi terbabit,” katanya.
Dan Nora pula dalam laman instagramnya memberikan jawapan berikut..
”Assalamualaikum buat semua. Terima Kasih buat semua yang memberi sokongan, semangat, nasihat, dorongan, hentaman, tuduhan, terutama sekali FITNAH…. Saya dah maafkan semua orang. Doakan yang terbaik”.


Image_3.jpg
Image_3.jpg
Image_4.jpg
Image_5.jpg
Image_6.jpg
Image_2.jpg
Sumber: Berita Harian & Nora Ariffin IG

Foto: Nora Ariffin IG

Sumber asal: myartis.com
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih


from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2fzXJZ5
via IFTTT

No comments:

Post a Comment