Sunday 27 November 2016

Kenduri Kahwin Menjadi Gempar Selepas Diserang Jutaan Ulat

2gwMAYY



KUALA KEDAH: Bayangkan… Kehadiran jutaan tetamu yang tidak diundang pada hari perkahwinan anda.

Pastinya ia bukan sahaja mengejutkan malah boleh menyebabkan anda kecewa.

Namun, itu yang berlaku apabila jutaan ulat bulu hitam menyerang sebuah majlis perkahwinan di Kuala Tebengau, di sini, hari ini.

Malah, tetamu jemputan terpaksa pulang lebih awal apabila kawasan itu dipenuhi ulat berkenaan yang dipercayai datang dari pokok api-api di tepi laut.

Bapa pengantin, Mat Ali Zainol, berkata, sebelum ini dia resah memikirkan kehadiran ulat itu disebabkan majlis perkahwinan anak perempuannya, Qurratuaini Mat Ali, 28, yang berlangsung hari ini.

Disebabkan kebimbangan itu, dia yang menjemput lebih seribu tetamu terpaksa menyembur racun serangga berhampiran kawasan rumah untuk memusnahkan serangga berkenaan.

Namun, tindakannya itu seolah-olah gagal apabila kehadiran ulat itu semakin bertambah sehingga memasuki ke dalam rumah.

“Kelmarin ini tak ada buat apa la…Saya cuma tebang pokok ini lepas itu sembur segala ubat sikit-sikit, lepas itu dia hilang.

“Tetapi kalau tidak lagi banyak, ia hanya bergayut atas pokok,” katanya.

Penduduk mendakwa, serangan ulat gonggok itu berlaku sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun, bilangan serangga itu yang makin meningkat terutama di kawasan pesisir pantai dan sekitar jalan kampung menjadi keresahan penduduk setempat.

“Lepas itu tengah kami duduk mengupas bawang, ulat itu dia datang dengan banyak, ia datang dan saya tak tahu nak cakap macam mana, terlalu geli bila tengok.

“Rawang-rawang (bergayut) macam itu la. Sudah banyak sangat lepas itu mereka panggil Agensi Pertahanan Awam Malaysia, tetapi mereka pun tidak tahu nak buat apa, mereka hanya tebang pokok,” kata Harisson Shahrif yang merupakan penduduk setempat.

Malah, ada penduduk yang mengalami alahan kulit dan gatal pada anggota badan akibat terkena serangga berkenaan.

Difahamkan, kira-kira 33 buah rumah penduduk Kampung Tepi Laut Tebengau semuanya diserang serangga berkenaan.

Pegawai APM Kota Setar, Leftenan (PA) Mat Zain Baharom berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kehadiran serangga itu kelmarin pada jam 9.40 pagi.

Tiga anggotanya bertindak menebang ranting, dahan dan pokok yang diserang ulat berkenaan dan memusnahkannya dengan membakar di kawasan kampung berkenaan.

Mat Zain bagaimanapun tidak dapat memastikan ia membabitkan fenomena pelik yang berlaku dan dari mana datangnya ulat gonggok.

Sumber:astroawani.com/

LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2fGyGpy
via IFTTT

No comments:

Post a Comment