Monday 28 November 2016

LAGI KENYATAAN TERBARU NORA TERSINGKIR GEGAR VAGANZA NORA AKAN TUNTUT KEADILAN INI PUNCANYA

black-wallpaper-1%2B%25286%2529.jpg

PENYANYI yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema, Nora Ariffin tersingkir dalam saingan separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3) Ahad lalu dengan memungut markah terendah iaitu 61.25 mata.

Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin mengejutkan ramai pihak apabila akhirnya memilih untuk mengalunkan lagu pilihan media, All I Ask nyanyian asal Adele pada minggu ketujuh program nyanyian tersebut yang dipancarkan secara langsung di Astro Ria dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Tiada rezeki untuk ke final. Bagaimanapun ini satu momen manis apabila dapat menyertai GV3. Saya mencari pengalaman dan pada masa sama mahu mencari rezeki.

Saya terima andai rezeki di GV3 terhenti di sini disebabkan kelemahan atau kekurangan nyanyian menyebabkan pungutan markah saya rendah.

Namun andai ia berlaku di atas kekeliruan atau kecaman yang saya terima, rasanya saya (akan) menuntut keadilan. Ia tidak adil, seolah-olah dianiaya dan di dalam keadaan ini, tiada pihak yang mempertahankan saya”.

Namun, Nora turut berterima kasih atas apa sahaja yang berlaku.

Apa pun saya berterima kasih atas apa sahaja yang berlaku dan pada persembahan tersebut, saya mengambil dua risiko. Saya berlatih nyanyi lagu sendiri dan Adele dalam masa dua hari saja.

Jika peserta lain punya masa seminggu untuk melakukan latihan, saya pula hanya dua hari berlatih bersama-sama tekanan, akui Nora yang turut mengakui pentas GV3 merupakan platform terbaik buat artis sepertinya untuk membuktikan kebolehan.

Sumber: Sinar Harian

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com

Sumber: ohwhuuut

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2gyYH83
via IFTTT

No comments:

Post a Comment