Monday 21 November 2016

Mandi Air Limau Untuk Hilangkan Angin Bisa Badan dan Gangguan Makhluk Halus 36177 Shares

2gwEX9c

Bila badan penuh angin, penuh bisa, beginilah cara saya menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala dan susah tidur malam. Ada banyak lagi khasiatnya, antaranya menghindar gangguan makhluk halus.


Caranya mudah sahaja:

1. Beli 1 pek ais seperti di dalam gambar. Masukkan dalam baldi dan dicampurkan air sedikit dalam baldi tersebut.

2. Perahkan limau nipis atau limau purut dalam 4 atau 5 biji ke dalam baldi. Sebelum mandi, anda baca surah Al-Fatihah 3 kali, Al-Ikhlas 3 kali dan selawat 3 kali. Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu. Selesai baca, mandi.

Sebaiknya mandi ini buat bilasan terakhir. Mandi dulu dengan air biasa, kemudian baru mandi dengan air limau ini. Selesai baca di atas, mula mandi dari kepala. Lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.

Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda. Badan dan kepala akan menjadi ringan.

Sekiranya anda sendawa atau muntah selepas mandi, nasihat saya sila dapatkan rawatan Islam berhampiran.

Mandian ini hanyalah alternatif dalam merawat pesakit buang angin, bisa dalam badan. Disarankan mandi sebaiknya waktu selepas Subuh dan selepas Maghrib. Dengan izin Allah, inshaAllah sembuh.

Saya baru lepas mandi. Cubalah, anda akan rasa kesegarannya. – Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin | The Reporter

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2gf3OvF
via IFTTT

No comments:

Post a Comment