Thursday 24 November 2016

Pasangan Kasari Penguatkuasa MBSA Mengaku Bersalah dan Dipenjara 14 Hari

2gmbdYe
Lor Ka Hoo & Tan Sit Fun | Foto Berita Harian

SHAH ALAM – Pasangan suami isteri yang mengasari anggota penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalankan tugas di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, semalam dijatuhkan hukuman penjara selama 14 hari, lapor Berita Harian.

Majistret P Sarulatha menjatuhkan hukuman itu selepas pasangan suami isteri itu, Lor Ka Hoo, 35, dan Tan Sit Fun, 30, masing-masing mengaku bersalah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan tugasnya.

Pasangan terbabit juga diperintah membayar denda sebanyak RM3,000 seorang dan jika gagal berbuat demikian, hukuman penjara tambahan selama 7 hari akan dikenakan.

2fenYYZ
Gambar Tan Sit Fun dalam lokap tersebar di media sosial | Foto – Netizen

Bagaimanapun Sarulatha membenarkan hukuman itu ditangguhkan sehingga selesai rayuan dan pasangan terbabit dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang. – The Reporter

Artikel berkaitan:

  • (Video) Gagal Pamerkan Kupon Parking, Pasangan Halang Penjawat Awam Jalankan Tugas
  • Pasangan Halang Penjawat Awam Jalankan Tugas Ditahan

LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2fxqM1B
via IFTTT

No comments:

Post a Comment