Sunday 27 November 2016

Rakaman Majlis Sanding Kecoh Satu Dewan Penunggang Motor Dakwa Pengantin Perempuan Tunangnya

7.jpg

Kemeriahan Projek ‘Bestnya Kahwin’ diteruskan lagi pada bulan November ini. Pasangan bertuah memenangi peraduan anjuran Majalah Pesona Pengantin dan Poh Kong kali ini adalah Mohd Syuzalfiz Mohd Sohip dan Nur Fatihah Rosli.

Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua keduanya telah melangsungkan majlis persandingan di Dewan Besar Gemas, Negeri Sembilan.

Di sinilah juga gimik untuk mereka dilakukan. Tidak tahu menahu bahwa mereka adalah pemenang Projek Bestnya Kahwin, keduanya tersenyum sambil berpimpinan tangan melangkah masuk ke dewan persandingan.

Seperti pasangan raja sehari lain yang mengimpikan majlis berlangsung sempurna tapi ia bagaikan tak kesampaian buat mereka bila majlis yang lancar bertukar sebaliknya setelah sebuah motorsikal jenis motorcross meredah masuk ke dalam dewan.

Terkejut dengan keadaan itu ahli keluarga pengantin cuba menghalang bagi mengelakkan sebarang gangguan dalam majlis yang dihadiri ramai tetamu. Ia bagaimana pun tidak diendahkan penunggang tersebut yang kemudiannya sekali lagi mengejutkan mereka yang hadir dengan mendakwa pengantin perempuan yang bersanding itu adalah tunangnya.

Kemuncak pada lakonan tiba bila penunggang itu mengeluarkan bukti dan meminta pasangan pengantin membacanya, sekaligus mengumumkan kemenangan mereka untuk Projek Bestnya kahwin bulan November yang membolehkan mereka membawa pulang wang tunai beserta koleksi barangan kemas Poh Kong koleksi anggun bernilai RM10,000.

“Kami masing terkejut dan belum merancang kegunaan wang kerana kemenangan ini memang tidak disangka. Sebelum ini, kami hanya melihat video kemenangan pasangan pengantin lain di Facebook dan Instagram Pesona Pengantin. Perasaan ingin menang itu ada tetapi hampir terlupa kerana sibuk dengan persiapan majlis, ulas pasangan pengantin.

Penyerahan hadiah telah disempurnakan oleh wakil majalah Pesona Pengantin kepada pasangan pengantin. Prank untuk pasangan pengantin kali ini dijayakan oleh abang kepada pengantin lelaki yang memberi kerjasaman penuh kepada kru terlibat.

Sumber: kekitamedianetwork

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2fUp5Jz
via IFTTT

No comments:

Post a Comment