Friday 25 November 2016

Tan Sri Annuar Musa Tawar Diri Jadi Presiden FAM

Tan Sri Annuar Musa Tawar Diri Jadi Presiden FAM

anuar-musa

Tan Sri Annuar Musa secara terbuka menawarkan diri menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Beliau merupakan Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang baru-baru ini meletakkan jawatan tersebut.

Walaubagaimanapun, jika ada individu lebih layak seperti Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Annuar Musa tidak mahu berebut jawatan tersebut.

Ini kenyataannya:

TMJ LAYAK

Minat sentiasa ada (dalam bola sepak dan FAM) tetapi kalau ada yang saya rasa boleh jaga FAM dengan lebih baik, tak perlu saya berebut.

Kalau tanya saya, TMJ layakbeliau boleh membawa satu perubahan besar kepada bola sepak Malaysia.

Tetapi, TMJ tidak dapat bekerja bersendirian, beliau perlu membentuk satu pasukan kerja yang baik dan ikhlas. Namun, jika TMJ tidak sanggup ambil alih FAM seperti yang beliau katakan sebelum ini, saya sedia tawarkan diri,

DI KAFA TIADA ORANG TOLONG

Sebagai contoh, di KAFA tidak ada orang yang menolong, jadi saya kena cari duit berbelas juta setiap musim.

Tetapi di peringkat kebangsaan, masalah FAM tidak besar sebab liga itu sendiri kalau diuruskan dengan baik memang boleh menjana pendapatan sehingga RM50 ke RM70 juta setahun.

Kewangan bukan masalah dalam FAM tetapi cabaran sebenar ialah kepimpinan dan juga pelan induk FAM sendiri untuk memperbaiki mutu bola sepak dan penambahbaikan skuad negara secara jangka panjang,

Sebelum ini, antara calon yang menjadi Presiden FAMialah TMJ, Tan Sri Tony Fernandes dan Tan Sri Aseh Che Mat.

Annuar yang baru sahaja melepaskan jawatan Presiden KAFA minggu lepas, mengakui menguruskan sesebuah persatuan bola sepak adalah tidak mudah, namun terdapat banyak perbezaan antara menguruskan persatuan negeri dan persatuan kebangsaan.

Beliau mengakui antara puncanya melepaskan jawatan Presiden KAFA adalah ekoran masalah kewangan persatuan negeri itu.

TetapiFAM berbeza dengan KAFA di mana kewangan bukan masalah utama bagi badan induk kebangsaan tersebut. -PENMERAHDOTCOM

The post Tan Sri Annuar Musa Tawar Diri Jadi Presiden FAM appeared first on PenMerah.com.

Sumber : Penmerah

Sumber: superkiram

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2fM1731
via IFTTT

No comments:

Post a Comment