Monday 21 November 2016

Tidak Dapat Imuniti Ini Komen Mengejutkan Elly Mazlein

elly.jpg

Gagal mendapat imuniti daripada penaja Datuk Seri Vida pada malam konsert Gegar Vaganza Ahad lalu, penyanyi Elly Mazlein berharap peminatnya tidak terlalu kecewa.

Elly mengulas mengenai isu imuniti tersebut apabila peminatnya tidak berputus asa mahu mengundi namanya di laman sosial Gegar Vaganza dan Facebook milik Datuk Seri Vida agar Elly dimasukkan semula dalam pertandingan itu.

”Sudah pasti ada hati yang kecewa dengan keputusan itu, walau macam mana pun rezeki itu Allah yang menentukan, buat macam mana pun kalau ia bukan rezeki kita, ia bukan rezeki kitalah”.

elly%202_24.jpg?w=584

”Setiap keputusan atau apa yang berlaku ada hikmahnya, kita doakan yang baik-baik sahaja dan teruskan kehidupan ini. Kepada peminat saya, janganlah terlalu kecewa, biar usaha dan kalah daripada kita tidak berusaha dan kalah”.

Pada masa yang sama, Elly mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong beliau.

”Buat peminat saya, terima kasih atas jasa baik anda semua yang tidak pernah putus asa dan banyak berusaha demi saya”.

elly%203_18.jpg?w=584

Bak kata Elly, sudah tiada rezeki untuk beliau kembali ke program berkenaan. Mungkin apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Lagipun, rezeki Elly diluar sana semakin murah bukan?

Sumber Berita : mStar Online

Sumber asal: Beautifulnara

Sumber: ohwhuuut

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2gcpyKz
via IFTTT

No comments:

Post a Comment