Tuesday 22 November 2016

VIDEO Dipukul dan Dibakar HidupHidup Muslim Rohingya Terus Jadi Mangsa Kekejaman Tentera Myanmar OHBULAN

Isu & Kontroversi

roghiya

Nasib umat islam di Rohingya yang menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar di negeri Rakhine mengundang simpati penduduk dunia. Memang sedih apabila perbuatan tidak berperikemanusian itu dilakukan sendiri oleh pihak berkuasa kerajaan.

Peristiwa itu berlaku di Kampung Yay Khae Chaung Khwa Sone, di utara Maungdaw, memperlihatkan etnik Rohingya Islam dilayan tidak ubah seperti haiwan. Sama sama kita doakan agar Allah melindungi mereka semua.

Warga yang lari akan dihalang dan ditembakstatusrohigya1Gadis dan wanita diperkosa

diperkosa

Rumah dibakar dan dimusnahkan

diperkosa1

(Video) Muslim Rohingya Dianiaya dan Dibakar Hidup-hidup

Blog RB News yang memetik kenyataan penduduk tempatan melaporkan, mangsa yang dikurung cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian. Menurut Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan, itu hanyalah sebahagian daripada penderitaan yang ditanggung oleh etnik minoriti tersebut sejak kembali menjadi sasaran tentera serta penduduk Buddha bulan lalu.

Pertubuhan itu mengutuk sekeras-kerasnya cubaan penghapusan bangsa Rohingya yang dilakukan kerajaan dalam pelbagai bentuk termasuk pembunuhan beramai-ramai, rogol dan merampas harta penduduk. Jelas badan tersebut, tentera Myanmar turut menggunakan helikopter, meriam dan kereta kebal ketika menggempur kampung-kampung etnik Rohingya. Mereka yang cuba melarikan diri akan dihalang dan ditembak menggunakan mesingan di sawah-sawah padi dan anak sungai.

Bantah kekejaman pengganas Buddha

15134145_10209761898638412_1422013649_o-1

Bantah Kekejaman Pengganas Buddha

Kita mengharapkan kerajaan kita menzahirkan pendirian yang tegas dan jelas dalam isu pembunuhan umat Islam di Rohingya oleh para pengganas Buddha. Kita juga berharap mereka yang sanggup turun berdemonstrasi isu-isu tertentu akan menunjukkan perasaan bantahan atas kezaliman yang jelas ini. Ini ada kekejaman yang amat dahsyat.

Kita juga berharap persatuan dan pertubuhan Buddha di negara ini menzahirkan bantahan mereka. Ini seperti mana kita umat Islam menzahirkan bantahan jika ada keganasan yang dilakukan oleh orang Islam. Kita mesti tegas dan teguh berdiri menghadapi kejahatan ini.

Saya ingin menyeru semua umat Islam agar berqunut nazilah atas kekejaman penganut Buddha Burma ke atas umat di Rohingya. Di samping itu, marilah kita zahirkan bantahan kita ke atas kekejaman mereka dalam pelbagai cara yang diizinkan syarak.

Sumber :DrMAZA.com,Islamidia.com, Alhaq

Shafika

Shafika

Shafika

Latest posts by Shafika (see all)

  • [VIDEO] Dipukul & Dibakar Hidup-Hidup, Muslim Rohingya Terus Jadi Mangsa Kekejaman Tentera Myanmar – 22/11/2016
  • Lelaki Ini Beri Sebab Kenapa Sistem Peperiksaan Perlu Dimansuhkan. Apa Pendapat Anda? – 18/11/2016
  • Terpedaya Dengan Bisikan Syaitan Isteri Luah Rasa Kesal Merindui Bekas Kekasih – 17/11/2016
  • Menyamar Sebagai Pemetik Buah Di Australia, Ini Hakikat Sebenar Yang Dibongkar Wartawan Malaysia – 16/11/2016
  • Ambil Masa Lama Dengan Kos Puluhan Ribu? Ini Sebab Kek Kahwin Amyra Curi Perhatian Netizen – 14/11/2016

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment

Name *

Website

2016 OHBULAN!. All Rights Reserved.

Sumber: Ohbulan

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2gcXQxf
via IFTTT

No comments:

Post a Comment