Monday 28 November 2016

2 Beradik Ditumbuk dan Diragut Dalam Kereta

2fIsLAk

JOHOR BAHRU – Dua wanita lembam di bahagian muka dan mengalami kerugian RM1,300 selepas diragut oleh tiga lelaki, pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 8.20 pagi di Jalan Silat Lincah berhadapan Sri Awana Town House, Zaharah Abdul Malik dan adiknya Zabariah Abdul Malik menaiki kereta Proton Saga tiba-tiba dihampiri sebuah kereta jenis sama yang dinaiki oleh tiga lelaki tidak dikenali.

“Mereka berhenti di sebelah kereta kami dan terus membuka pintu lalu mengambil barang kemas milik adik saya. Malah kami ditumbuk beberapa kali di bahagian muka dan badan,” katanya.

Selepas berjaya meragut mangsa, ketiga-tiga suspek melarikan diri dan saksi kejadian sempat merakam nombor pendaftaran kenderaan suspek.

“Suspek menaiki kereta Proton Saga JRT 4132 berwarna merah dan cermin belakang telah pecah,” menurut laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

Sementara itu anak mangsa, Muhamad Zarif Roslan, meminta bantuan orang ramai mengesan ketiga-tiga suspek. – The Reporter

LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2fsHr84
via IFTTT

No comments:

Post a Comment