Thursday 24 November 2016

Pasangan Buli Penguat Kuasa MBSA Dicekup Dipenjara

Pasangan Buli Penguat Kuasa MBSA Dicekup, Dipenjara

tahannn

Sepasang suami isteri telah mengasari dan membuli anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalankan tugas.

Kejadian itu berlaku di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh semalam.

Video perbuatan mereka menjadi viral dan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Akhirnya pasangan ini ditahan dan telah dijatuhkan hukuman penjara 14 hari.

Majistret P Sarulatha menjatuhkan hukuman setelah pasangan suami isteri itu mengaku salah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Mereka berdua didakwa kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

pasangan suami isteri itu bernama Lor Ka Hoo, 35 tahun, dan Tan Sit Fun, 30 tahun.

Sarulatha turut memerintahkan tertuduh membayar denda RM3,000 seorang dan jika gagal, tertuduh diarahkan penjara tujuh hari.

Bagaimanapun, Sarulatha membenarkan penangguhan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa ketika sedang menjalankan tugas dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Nurul Aintelah mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan membabitkan penguat kuasa berkenaan dengan pasangan itu menjadi viral di laman sosial. -PENMERAHDOTCOM

The post Pasangan Buli Penguat Kuasa MBSA Dicekup, Dipenjara appeared first on PenMerah.com.

Sumber : Penmerah

Sumber: superkiram

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2gmvoFE
via IFTTT

No comments:

Post a Comment